5 Bentuk Kematian Mengerikan Yang Patut Anda Elakkan Daripada Terjadi Kepada Anda

Tiada siapa yang dapat mengelakkan diri daripada menghadapi sebuah kematian kerana setiap yang hidup pasti akan mati. Namun, tiada siapa juga yang tahu tarikh kematian dan cara diri sendiri mati.

Walau bagaimanapun, setiap manusia semestinya menginginkan cara kematian paling baik dan dihormati masyarakat serta dikelilingi keluarga tersayang.

Akan tetapi, dapatkah anda bayangkan jika seseorang itu mati dalam keadaan paling mengerikan serta penuh kesakitan dan anda mungkin adalah orang tersebut?

Di bawah ialah lima cara kematian paling ngeri dan menyakitkan.

1. Disiat kulit hidup-hidup

Kulit disiat di saat anda masih bernafas malah anda dapat merasakan setiap hirisan pisau yang membelah antara daging dan kulit di seluruh badan anda. Tanpa kulit badan yang melindungi setiap inci daging yang terdedah, tubuh anda akan segera dijangkiti bakteria dan mula berasa sejuk serta deria gagal berfungsi.

Akhirnya, anda akan rasa kejutan yang melampau lalu pengsan sebelum meninggal dunia. Kesakitan yang tidak dapat dibayangkan oleh orang yang melalui saat-saat akhir hidupnya.

Sejak 800 tahun sebelum Masihi, banyak tamadun kuno yang mengamalkan bentuk hukuman seperti ini termasuk Yunani, China dan sebagainya.

2. Diheret sehingga mati

Seksaan seperti ini biasanya melibatkan kenderaan di mana tali akan diikat pada pergelangan tangan atau kaki anda yang bersambung dengan tali kenderaan tersebut lalu mengheret anda mengelilingi bandar sehingga meninggal dunia.

Diheret sepanjang jalan akan mengoyak-rabakkan kulit anda, menceraikan otot-otot anda antara satu sama lain dan mematahkan tulang-temulang anda. Mereka yang terpaksa menghadapi cara seksaan seperti ini jarang bertahan untuk kekal hidup malah yang tinggal cuma jasad yang mengerikan.

3. Dipancung kepala

Dalam sejarah ketamadunan manusia, pemancungan kepala adalah bentuk penyeksaan atau hukuman paling biasa dilaksanakan. Pemancung biasanya akan memenggal kepala mangsa mereka menggunakan guillotine atau kapak untuk menjalankan hukuman mati.

Kematian seperti ini boleh menyebabkan nyawa terpisah daripada badan dengan terlalu cepat tetapi jika dilaksanakan dengan cara yang salah, anda akan menanggung sakit yang tidak terperi.

4. Kerusi elektrik

Walaupun Amerika Syarikat tidak lagi menggunakan kerusi eletrik sebagai medium untuk melaksanakan hukuman bunuh namun Alabama, Selatan California, Florida, Kentucky dan Virginia masih menggunakan kerusi ini. Kerusi elektrik ini akan ‘masak’ anda sehingga mati dan dikatakan mampu menyebabkan mangsa terbakar.

Malangnya, proses ini tidak pernah konsisten dan setiap upacara berbeza situasi bergantung kepada bentuk badan mangsa. Malah, ada yang terpaksa menghadapi hukuman ini sebanyak dua kali.

Khabarnya, hukuman ini mampu meletupkan bebola mata anda dan menghanguskan kulit anda semua sama sekali sehinggalah jantung anda berhenti derdegup.

5. Disula dengan alat tajam

Kematian ini paling tragis di mana kesakitan yang ditanggung mangsa terlalu sakit dan mengambil masa yang lama sekali untuk nyawa berpisah dari badan.

Kayu yang tajam atau besi runcing dimasukkan daripada kemaluan terus menerobos ke mulut mangsa. Bayangkan organ-organ yang terperosok dan pecah mengikut alat tersebut. Malah, mangsa terpaksa menanggung saat-saat kematian yang paling menyeksakan apabila pembunuhan seperti ini mengambil masa dari petang sehingga subuh esoknya untuk mangsa benar-benar meninggal dunia.

Kematian boleh berlaku dalam pelbagai cara dan bila-bila masa sahaja. Namun, amal yang baik atau jahat oleh seseorang itu menentukan dirinya mati dalam keadaan terhormat ataupun terhina.

Artikel Lain Untuk Di Baca