5 Barangan Dapur Moden Yang Memudahkan Suri Rumah

Kebanyakkan peralatan dapur moden kini sememangnya sesuatu yang harus dimiliki oleh setiap isi rumah di mana mampu memudahkan suri rumah malahan menjimatkan masa dan tenaga. Peralatan dapur moden yang digunakan setiap hari juga boleh mengelakkan pembaziran makanan.

Berikut kami kongsikan lima barangan moden yang memudahkan suri rumah ketika di dapur:

1.Periuk Tekanan

Sumber: Good Housekeeping

Periuk tekanan mampu memudahkan kerja wanita di dapur kerana masa yang diperlukan untuk menyiapkan hidangan lebih singkat dan cepat berbanding memasak secara biasa. Malahan, periuk tekanan boleh memasak pelbagai jenis resepi bukan sahaja hidangan lauk pauk tetapi pembuka selera juga boleh dimasak hanya menggunakan periuk tekanan.

Antara resepi yang boleh dimasak menggunakan periuk tekanan seperti ayam panggang, goreng, hidangan stim atau kukus, masakan daging dan hidangan sup. Ini hanya akan mengambil separuh daripada masa rebusan atau gorengan menggunakan dapur gas berbanding menggunakan periuk tekanan.

2. Penapis air

Sumber: AMGO

Kebersihan air sebagai sumber air minuman dan keperluan semasa memasak sangat penting di rumah. Maka itu, kebanyakkan isi rumah kini lebih memilih untuk menggunakan penapis air di rumah yang mana adalah salah satu cara terbaik untuk mendapatkan sumber air bersih.

Alat penapisan air berfungsi untuk menapis kekotoran air yang masih tersisa daripada air yang diproses sebelum ia sampai ke saluran paip. Antara fungsi penapis kini turut dilengkapi air panas dan air sejuk yang boleh diminum secara terus tanpa perlu dimasak dan disimpan dalam peti sejuk. Selain itu, ia juga boleh memudahkan para ibu untuk tujuan memasak.

3. Penstiman Makanan

Sumber: Pinterest

Penstiman adalah salah satu kaedah masakan sihat yang baik untuk seisi keluarga di mana boleh memudahkan urusan suri rumah dalam menghasilkan makanan sihat berasaskan kukus dan rebus seperti ayam, daging, ikan, roti kukus, roti pau dan kentang rebus.

4. Pembakar roti

Sumber: Pinterest

Pembakar roti bukan sahaja memudahkahkan para ibu menyediakan hidangan untuk sarapan pagi malahan boleh mempelbagaikan menu sarapan khususnya bagi anak-anak kecil. Tambahan lagi penggunaan alat elektrik ini dapat mengelakkan daripada penggunaan minyak yang berlebihan dalam masakan.

5. Oven dan mikrowave

Sumber: Pinterest

Oven dan mikrowave kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza di mana mikrowave boleh memudahkan kerja memanaskan semula makanan yang telah siap dimasak, menyediakan menu ringkas seperti makaroni bakar, popcorn dan coklat brownie.

Berbeza dengan oven, ianya lebih sesuai untuk fungsi membakar makanan mentah seperti daging, ayam, ikan, kek dan biskut. Ia adalah barangan elektrik yang menggunakan penggunaan haba yang menjimatkan masa dan tenaga.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca