5 Bangunan Lama Popular Di Malaysia Ini Menarik Untuk Dikunjungi Dan Diselami Kisahnya

Walaupun dilihat kecil pada peta dunia, Malaysia sebenarnya mempunyai pelbagai bangunan bersejarah untuk diterokai kerana ia ‘menceritakan’ kisah sejarah tempatan kepada generasi masa kini agar peristiwa yang pernah berlaku suatu masa dahulu tetap terpahat dalam ingatan.

Buat anda yang ingin kembali ke masa lampau dan mahu lari dari dunia moden untuk sementara waktu, kami akan kongsikan lima bangunan lama di Malaysia yang cukup menarik untuk dilawati dan diselami kisahnya menerusi artikel ini.

1. A Famosa

Sumber: The Star

Membawa makna Yang Termasyhur, Kota A Famosa ialah kubu pertahanan yang dibina oleh Portugis sebaik sahaja mereka menawan Melaka pada tahun 1511.

Portugis menggunakan tenaga buruh paksa untuk membina kubu-kubu sementara bagi menangkis serangan orang Melayu dan kubu utama Fortaleza de Malaca yang kini lebih dikenali sebagai A Famosa.

Walau bagaimanapun, A Famosa yang kita kenali sekarang sebenarnya hanyalah sebahagian daripada pintu gerbangnya sahaja yang dikenali sebagai Porta de Santiago.

Bangunan bersejarah di Malaysia yang dibina atas arahan Afonso de Albuquerque ini sebenarnya meliputi satu kubu pertahanan yang kuat iaitu pintu gerbang utama di pelbagai arah dan 70 buah meriam di sepanjang kubunya. Apa sebenarnya yang berlaku?

Apabila tentera Perancis di bawah Napoleon menakluk Belanda pada tahun 1795, Putera William of Orange telah melarikan diri ke London dekat United Kingdom dan meminta pihak British mentadbir Melaka buat sementara waktu.

Walaupun mentadbir Melaka tanpa sebarang pertempuran, British bagaimanapun tidak berminat untuk menyimpannya ataupun membiayai penempatan tentera untuk mempertahankan negeri itu berdasarkan laporan Atlas Obscura.

Pada masa yang sama, pihak British juga tidak berminat untuk memulangkan Melaka ke tangan Belanda dengan Kota A Famosa dalam keadaan utuh.

Jadi apa yang pihak British lakukan adalah memusnahkan kubu pertahanan dibina oleh Portugis itu pada 10 Ogos 1807 dan hanya meninggalkan satu pintu gerbang sahaja yang dapat dilihat sehingga ke hari ini iaitu Porta de Santiago.

2. Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti

Sumber: Heritage Buildings of Malaysia

Masih tersergam indah sehingga ke hari ini, bangunan lama di Malaysia ini mula dibina untuk menggantikan Istana Pulih yang telah dibakar oleh tentera-tentera Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika Perang Bukit Putus.

Memetik laporan Lembaga Muzium Negeri Sembilan, struktur bangunan Istana Lama Seri Menanti yang mula dibina sekitar tahun 1902 dan siap sepenuhnya pada tahun 1908 ini sangat unik kerana ia dibina daripada kayu tanpa menggunakan sebatang paku besi.

Arkib Negara Malaysia menjelaskan semuanya seperti tiang sehingga ke atap istana ini diperbuat daripada kayu dan binaan bangunan warisan di Negeri Sembilan berkenaan ‘dipaku’ menggunakan kayu yang dipanggil pasak.

Selain tempat bersemayam Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an, bangunan warisan di Malaysia ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali, tempat perjumpaan dan pengaduan para pembesar serta rakyat jelata.

Gambar Istana Lama Seri Menanti sebelum ia diwartakan sebagai Muzium Diraja. Sumber: ResearchGate

Istana Lama Seri Menanti telah diwartakan secara rasmi sebagai Muzium Diraja pada tahun 1992 atas kesedaran DYMM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti kini telah berubah wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga diraja Negeri Sembilan. Anda boleh baca sejarah penuh Istana Lama Seri Menanti di sini.

3. Bank Kerapu

Sumber: Wikimedia Commons

Kini dikenali sebagai Memorial Peperangan Dunia Kedua, The Mercantile Bank of India Limited telah membina bangunan bersejarah di Kota Bharu ini pada tahun 1912.

Buat anda yang tertanya-tanya kenapa Memorial Peperangan Dunia Kedua lebih dikenali sebagai Bank Kerapu, permukaan dinding bank komersial pertama yang dibuka di Kelantan itu telah ditampal dengan batu-batu kecil menyebabkan bangunan ini dilihat berkerutu dan tidak sekata. 

Menurut Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, bangunan warisan di Malaysia ini telah digunakan sebagai pejabat polis rahsia Jepun (kempeitai) dan lokap untuk menyiasat dan mendera individu-individu anti-Jepun serta melakukan aktiviti-aktiviti keganasan lain mereka ketika Perang Dunia Kedua.

Selepas kejatuhan Jepun dan kedatangan British, bangunan bersejarah di Malaysia ini kemudiannya digunakan sebagai bank semula sehingga ia berubah menjadi Balai Seni Lukis dan Kraftangan Kelantan pada tahun 1981.

Pada tahun 1992, Memorial Peperangan Dunia Kedua ditubuhkan dan digunakan sepenuhnya sebagai tempat pameran kesan-kesan sejarah Perang Dunia Kedua (1939-1945).

Sumber: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

Buat anda yang pertama kali datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang, muzium sebelah hilir Padang Merdeka ini wajib dikunjungi kerana ia mempamerkan pelbagai artifak dan gambar-gambar berkenaan sejarah Perang Dunia Kedua secara ringkas khususnya di Kelantan.

Sekiranya menjejakkan kaki ke bangunan bersejarah di Malaysia ini, anda juga dapat melihat gambaran, keterangan dan bahan-bahan berkaitan garis masa pencerobohan Jepun ke atas Tanah Melayu dan pertahanan tentera British sehingga Jepun menyerah kalah selepas gugurnya bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945.

4. Pusat Sains Negara

Salah satu destinasi pelancongan yang cukup menyeronokkan terutamanya buat kanak-kanak, Pusat Sains Negara adalah sebuah institusi pendidikan tidak formal yang direka untuk setiap lapisan umur.

Terletak di Bukit Kiara, bangunan bersejarah di Kuala Lumpur ini dibuka secara rasmi pada 29 November 1996 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menyerupai sebuah kon yang terpotong di kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesi, Pusat Sains Negara memuatkan bahan-bahan pameran yang berdasarkan konsep self exploration.

Atas sebab itu, bangunan lama di Kuala Lumpur ini tidak menyediakan jurupandu untuk lawatan anda. Anda boleh ambil masa satu jam atau sehari untuk memahami dan mempelajari semua bahan pameran di sini.

Selain di Kuala Lumpur, Pusat Sains Negara turut membuka satu lagi cawangan di Alor Setar, Kedah. Anda boleh tonton video di bawah.

5. Istana Budaya

Sumber: Gempak

Kini dikenali ramai sebagai lokasi pementasan teater dan muzikal, keunikan bangunan lama di Kuala Lumpur ini jelas terlihat pada seni binanya yang bersandarkan konsep beberapa aspek kebudayaan Melayu.

Terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu serambi untuk lobi, rumah ibu untuk Panggung Sari dan rumah dapur untuk pentas utama serta dewan latihan, bangunan lama di Kuala Lumpur ini berbentuk seperti wau bulan Kelantan sekiranya dilihat dari atas ini manakala bentuk Istana Budaya pula bercirikan sirih junjung.

Terletak di sebelah Balai Seni Visual Negara, idea pembinaan Istana Budaya sebenarnya bermula dengan cadangan pada tahun 1964 untuk membina Pusat Kebudayaan Negara Malaysia.

Pusat Kebudayaan Negara Malaysia merangkumi komponen-komponen lain seperti Muzium Sejarah, Balai Seni Lukis Negara, Planetarium Negara, Panggung Utama, rangkaian restoran dan pusat membeli-belah barangan seni budaya.

Kerja pembinaan Panggung Negara Malaysia bermula pada Julai 1995 dan siap pada 1 Disember 1998. Satu tahun kemudian iaitu pada 15 September 1999, sejarah tercipta apabila Panggung Negara dengan rasminya dikenali sebagai Istana Budaya.

Walaupun ditubuhkan pada 1999, Istana Budaya menjadi ikon kebudayaan dan artistik rakyat Malaysia dengan berjaya mementaskan persembahan seni tempatan seperti Puteri Gunung Ledang The Musical dan teater antarabangsa seperti The Sound of Music. Pernahkah anda menonton persembahan di Istana Budaya?

AHW Group Sdn Bhd

Pernahkah anda dengar pepatah Melayu yang berbunyi, “Di sebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita yang berdiri di belakangnya?”

Begitu juga halnya dengan bangunan-bangunan gah ini. Di sebalik tersergam indahnya bangunan-bangunan ini, juga ada mereka yang hebat dan bertanggungjawab memulihara bangunan-bangunan warisan ini supaya kepentingan kebudayaannya dapat dikekalkan dan dapat dilihat oleh generasi yang akan datang.

Salah satu pihak yang bertanggungjawab menyediakan dokumentasi untuk dua bangunan lama di Malaysia dalam senarai ini iaitu Pusat Sains Negara dan Istana Budaya adalah AHW Group Sdn Bhd.

Pernah bekerjasama dengan badan berkanun/kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Jabatan Warisan Negara (JWN), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Arkib Negara Malaysia, syarikat pembinaan bumiputera ini menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti:

i) Dokumentasi seperti lukisan terukur, Historical Architectural Building Survey (HABS), teknikal, reka bentuk seni bina dan pereka dalaman

ii) Penyediaan dokumentasi seperti kajian dilapidasi dan kerosakan bangunan, fotografi berskala, fotogrametri serta pengurusan tapak warisan

iii) Khidmat perundingan secara profesional dan semi-profesional

iv) Tenaga kerja yang berpengalaman dan kakitangan Building Information Modeling (BIM) sendiri yang terdiri daripada penyelaras projek, arkitek, konservator, jurutera (M&E) dan juruukur

v) Penyediaan lukisan seni bina (As Build Drawing)

vi) Penyerahan kepada pihak bomba untuk mendapatkan kelulusan sijil bomba/fire certificate (F.C)

vii) Laporan bergambar dan laporan kerosakan (dilapidasi) oleh konsultan konservasi yang berpengalaman

viii) Menyediakan B.I.M secara am

ix) B.C.A (Building Condition Assesment)

x) Site plan (Dikendalikan oleh Land Surveyor menggunakan dron)

Sepanjang terlibat dalam industri pembinaan, projek paling berjaya yang pernah diuruskan oleh kontraktor bumiputera ini adalah kerja-kerja perkhidmatan penyediaan lukisan terukur bumbung Istana Budaya dan menyediakan lukisan pelan bangunan Pusat Sains Negara (PSN) Kuala Lumpur.

Syarikat pembinaan bumiputera di Malaysia ini turut menyediakan kajian dilapidasi dan penyediaan HABS Kapal Korek Sri Banting untuk Majlis Perbandaran Sepang bagi tahun 2022.

Pihak AHW Group Sdn Bhd berharap untuk menjadi syarikat pertama di Malaysia yang fokus pada pengurusan fasiliti bangunan/ scan to BIM di Malaysia menggunakan teknologi terkini dan berkualiti.

Bagi asset and property owners yang mempunyai bangunan lama/bersejarah dan pemilik bangunan yang belum ada lukisan terukur bagi mendapatkan FC (fire certificate) BOMBA, anda boleh layari laman sesawang AHW Group Sdn Bhd untuk maklumat lanjut:

Website: ahw-group.com/

Alamat: No. 20-G, Jalan 7/18 B, Taman Batu Permai, Batu 5 OFF Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Nombor telefon: 012-609 8108 / 016-604 8108

Waze: AHW Group Sdn Bhd

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca