5 Baka Kucing Paling ‘Rare’

Kucing terdiri daripada pelbagai baka tetapi semuanya comel belaka. Setiap baka kucing mempunyai personaliti serta karakter yang unik dan tersendiri. Kepelbagaian ini juga mewujudkan macam-macam pilihan kepada pencinta kucing untuk menjadikannya haiwan peliharaan di rumah.

Baka-baka dari seluruh dunia ini sememangnya sering menjadi tarikan kepada peminat kucing malah ia turut dipertandingkan dalam pertadingan tertentu yang meliputi pelbagai peringkat. Kali ini, kami kongsikan 5 baka kucing yang unik dan sangat jarang diketahui.

1. Selkirk Rex

Kucing baka ini mempunyai keunikan tersendiri iaitu bulunya yang berpintal-pintal seperti biri-biri. Baka Selkirk Rex merupakan gabungan daripada kucing baka Parsi, British dan beberapa baka eksotik dengan gen bulu kerinting yang dominan. Bukan senang untuk dapatkan kucing berbulu seperti ini!

Setiap baka ada personaliti masing-masing. Kucing yang kelihatan seperti beruang kecil ini dikatakan mempunyai personaliti yang setia serta baik.

2. American Wirehair

Nama American Wirehair datang daripada bulunya yang berpintal. Namun, kelembutan bulu kucing ini adalah sama seperti kucing lain. Bagi mengekalkan kecantikan semulajadi bulu kucing ini, ia tidak akan disikat selepas dimandikan.

3. Nebelung

Nebelung membawa maksud ‘makhluk kabus’ dalam bahasa Jerman di mana ia menggambarkan penampilan kucing ini yang unik.

Baka kucing Nebelung ini sebenarnya berasal daripada kucing Russian Blue. Ia merupakan sejenis kucing domestik yang sangat jarang ditemui. Kucing baka ini memiliki badan yang panjang serta bulu yang padat.

Kucing ini dikhabarkan mempunyai perilaku yang agak agresif terhadap orang yang tidak dikenalinya tetapi ia sangat baik kepada pemiliknya. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai suara yang sangat tenang.

4. Minuet

Kucing Minuet adalah hasil daripada kacukan kucing Munchkin dan Parsi. Kecerdasan tinggi baka ini serta perilakunya yang tidak agresif menjadikan Minuet sebagai haiwan kesayangan yang ideal. Malah, kucing ini tidak memerlukan apa-apa jenis penjagaan khusus.

5. Chantilly-Tiffany

Kucing Chantilly-Tiffany mempunyai bulu yang panjang berwarna coklat dan bermata kuning. Kucing baka ini dikatakan tersangat pintar, mesra dan mempunyai sikap yang baik terhadap kanak-kanak.

Ia juga tidak memerlukan banyak penjagaan khas dan satu-satunya perkara yang perlu anda lakukan adalah menjaga bulu panjang kucing ini dengan baik.

Jadi, kucing mana yang paling ‘rare’ pernah anda lihat?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca