5 Artis Terkenal Yang Mempunyai Pelanduk Dua Serupa

Sesuatu yang tidak masuk akal apabila seseorang dari masa silam mempuyai wajah yang sama dengan artis terkenal pada masa ini. Malah mereka tidak mempunyai pertalian darah apa-apa sekalipun.

Di bawah ialah senarai lima wajah mirip dengan artis terkenal.

1. Orlando Bloom dan pelukis dari Romania

Orlando Bloom adalah seorang pelakon Inggeris yang mula dikenali menerusi filem Lord of the Rings Franchise. Kerjayanya semakin kukuh apabila dia adalah antara barisan pelakon utama dalam filem bersiri Pirates of the Caribbean.

Manakala lelaki sebelah Orlando ialah Nicolae Grigorescu yang merupakan seorang pelukis terkenal dari Romania dan digelar bapa lukisan moden Romania. Nicolae seorang pelukis yang sangat berkerja kuat dan meninggal dunia ketika menyiapkan lukisan terakhir iaitu The Return from the Fair.

2. Peter Dinklage dan Sebastian of Morra.

Gambar di sebelah kanan menunjukkan Peter Dinklage. Dia terkenal dengan lakonan wataknya sebagai Tyrion Lannister dalam HBO yang merupakan rancangan TV bersiri iaitu Game of Throne. Dia memperoleh pingat Golden Globe melalui rancangan tersebut.

Gambar sebelah kiri pula ialah Sebastian de Morra. Walaupun maklumat tentang lelaki ini tiada di mana-mana, potret ini dilukis oleh Diego Velazquez yang benar-benar menyerupai Peter.

3. Ellen DeGeneres dan Henry David Thoreau

Terkenal dengan rancangan bual bicara yang bertajuk Ellen Show, Ellen DeGeneres merupakan selebriti Amerika yang terkenal dengan akal yang tajam.

Lelaki di tepi Ellen tersebut ialah Henry David Thoreau. Dia merupakan seorang penyair, penulis dan sejarawan yang terkenal dengan bukunya, ‘Walden’.

4. Liam Neeson dan Fidel Castro

Selebriti dan pelanduk dua serupa yang seterusnya ialah Liam Neeson dan Fidel Castro. Berasal dari utara Ireland, Liam Neeson telah menerima banyak anugerah dan telah disenaraikan antara salah satu daripada 100 bintang paling seksi dalam sejarah yang ditulis oleh Empire Magazine. Dia mula dikenali melalui lakonannya sebagai watak protagonis dalam filem 1993’s Schindler’s List .

Lelaki yang mirip wajahnya pula ialah Fidel Castro yang merupakan seorang komunis yang mula mendapat kuasa di Cuba pada tahun 1950 dan meninggal dunia pada tahun 2016. Dia adalah salah seorang ketua negara yang paling lama berkhidmat yang bukan berdarah kerabat diraja.

5. Nicolas Cage dan seorang lelaki dari Perang Saudara.

Nicolas Cage merupakan seorang pelakon Amerika dan pengarah. Sejak petama kali berlakon dalam filem pada tahun 1982, kerjaya lakonannya terus berkembang dan telah terlibat dalam pelbagai filem terkenal termasuk Wild at Heart, Racing with the Moon, Ghost Rider, City of Angels dan National Treasure.

Lelaki di sebelah Nicolas itu pula ialah seorang lelaki yang tidak dapat dikenal pasti identitinya. Gambar lelaki tersebut diambil ketika Perang Saudara.

Itu adalah senarai selebriti yang wajah mereka mirip dengan manusia lain dari masa silam. Bagaimana pula reaksi anda bila anda mendapati ada seseorang dari masa silam yang wajahnya saling tidak tumpah seperti anda?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca