5 Alasan Klise Lelaki Untuk Menolak Apabila Diajak Berkahwin

Tiada siapa yang mahu bercinta lama-lama tetapi tidak tahu ke mana hala tuju hubungan tersebut. Ramai yang telah mengalami situasi sebegini di mana apabila diajak kahwin, ada sahaja alasan yang diberi oleh si dia. Berikut kami senaraikan 5 alasan popular yang sering keluar daripada mulut lelaki apabila diajak berkahwin:

1. Belum bersedia

Ini merupakan alasan yang paling klise dan sering digunakan untuk mengelak daripada berbincang soal kahwin. Apabila lelaki memberi alasan seperti ini, maksudnya mereka masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Persoalannya, kenapa bercinta jika belum bersedia untuk berkahwin?

2. Mahu fokus kerjaya terlebih dahulu

Kerjaya sering dijadikan alasan untuk tidak berkahwin. Walaupun rajin bekerja itu bagus, namun sekiranya ia dijadikan sebagai alasan untuk tidak berkahwin, alasan tersebut sememangnya tidak boleh dipakai. Bukankah mereka yang berkahwin semakin hebat dalam pekerjaan mereka kerana ada yang menyokong dari belakang?

3. Tidak serasi

Kadang-kadang, walaupun sudah bertahun lamanya bercinta tetapi apabila sebut sahaja soal kahwin, alasan tidak serasi ini muncul. Kepada mereka yang ditolak dengan alasan sebegini, walaupun pahit untuk ditelan, lupakan sahaja si dia kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa si dia langsung tidak serius dengan anda.

4. Duit belum mencukupi

Alasan ini boleh diterima sekiranya si dia betul-betul sedang berusaha untuk mengumpul duit bagi menghalalkan anda. Namun begitu, seandainya si dia kelihatan sering berbelanja sakan tetapi masih menggunakan alasan sebegini, mungkin mereka masih belum bersungguh-sungguh untuk berkahwin.

5. ‘Awak terlalu baik untuk saya’

Ini merupakan salah satu alasan yang paling klise sekali. Mesti anda semua sudah biasa dengar alasan sebegini, bukan? Baik sangat pun salah, kalau jahat pula lagilah orang tidak suka. Selalunya, mereka yang menggunakan alasan sebegini sememangnya tidak bersungguh-sungguh dalam hubungan tersebut.

Jadi, pernahkah anda mengalami situasi di atas? Sekiranya si dia sering memberi alasan yang sama, cuma satu jalannya iaitu move on. Pada mulanya, mungkin susah untuk berbuat demikian tetapi lama-kelamaan, anda pasti berjaya lupakan si dia. Sibukkan diri anda dengan melakukan perkara-perkara lain supaya tidak lagi mengenangkan si dia yang langsung tidak bersungguh-sungguh untuk memiliki anda!

Mungkin anda semua boleh mengisi masa tersebut dengan membaca buku terbaharu keluaran Lejen Press iaitu Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck karya Nami Cob Nobbler. Dengar cerita, Lejen Press tengah adakan promosi!

Sambil membawa hati yang lara itu, anda juga boleh hiburkan hari anda dengan berkunjung ke I Am Lejen Shop yang terletak di SS15, Subang Jaya. Macam-macam karya menarik yang terdapat di sana. Jadi, apa anda tunggu lagi?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca