5 Adat Perkahwinan Paling Pelik Dan Masih Diamalkan Oleh Masyarakat Di Dunia, No. 3 Paling Tak Masuk Akal

Perkahwinan ialah suatu ikatan hubungan antara lelaki dan wanita yang diiktiraf oleh budaya dan kepercayaan agama masing-masing. Terdapat pelbagai adat dan tradisi perkahwinan yang berbeza di seluruh dunia mengikut budaya yang pelbagai. Akan tetapi, kali ini kami kongsikan 5 adat perkahwinan atau adat bersanding yang dianggap paling luar biasa, pelik, dan aneh dari seluruh dunia:

1. Tetamu Dibenarkan Mencium Pengantin

Mencium ketika berkahwin adalah perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana budaya barat, namun ia tidaklah sama dengan adat di Sweden. Di sana, para tetamu yang masih bujang dibolehkan mencium pengantin lelaki atau wanita. Jika pengantin lelaki keluar dari dewan atau pergi ke tandas maka para tetamu yang masih bujang dibolehkan mengucup pengantin wanita dan begitu juga sebaliknya.

2. Ayah Mertua Meludah Anak Menantu Di Kenya

Suku etnik Massai di Kenya percaya yang kebahagiaan rumahtangga terletak pada ayah pengantin lelaki. Pengantin perempuan dibotakkan kepalanya lalu dilumur kepalanya dengan lemak kambing dan minyak sebagai satu simbol keberkatan.

Selepas selesai upacara mencukur kepala, ayah mertua pengantin perempuan itu akan meludah ke kepala dan bahagian dada pengantin perempuan supaya mereka mendapat nasib yang baik dan perkahwinan yang berpanjangan.

Habis saja upacara itu, pasangan pengantin akan beredar dan tidak dibenarkan menoleh ke belakang lagi, kerana mereka percaya pengantin yang menoleh ke belakang, akan bertukar menjadi batu. Sebagai penamat, dua hari kemudian, ibu pengantin lelaki pula akan mencukur kepalanya sebagai tanda upacara perkahwinan mereka dah selesai.

3. Menghitamkan Pengantin

Menghitamkan pengantin ialah tradisi yang sudah lama diamalkan di Scotland. Sebelum perkahwinan berlangsung, pengantin akan ‘diculik’ oleh rakan-rakan baik mereka sebelum dituang segala campuran benda kotor diperbuat daripada susu basi, tepung, telur, sehinggakan bancuhan tar.

Biasanya campuran cecair hitam adalah sering digunakan. Ia bertujuan untuk menghalau roh jahat yang mengganggu pengantin dan masih dilakukan di sesetengah tempat di Scotland.

4. Pukul Kaki Pengantin Lelaki Dengan Ikan Di Korea Selatan

Kepercayaan Korea memerlukan seseorang pengantin lelaki membenarkan saudara-mara dan rakan-rakannya untuk memukul tapak kaki beliau dengan ikan atau sebatang tongkat sebagai satu simbol kejantanan.

Tradisi yang dinamakan ‘falaka’ ini diadakan sejurus selepas tamatnya upacara perkahwinan. Pengantin lelaki perlu menanggalkan kasut dan stokin yang dipakai serta kedua-dua kakinya dipegang dan tetamu bergilir-gilir akan menyoal pengantin tentang apa saja yang mereka mahu. Jika gagal mendapat jawapan yang memuaskan, pukulan akan dikenakan pada tapak kaki pengantin lelaki tersebut.

5. Berkahwin Dengan Pokok

Di beberapa kawasan di India, masyarakat percaya kanak-kanak perempuan yang dilahirkan dalam tempoh astrologi yang tertentu akan dicemuh dan jika dia berkahwin akan menyebabkan kematian suaminya akan meninggal dunia awal.

Oleh itu. satu-satunya cara untuk menghilangkan sumpahan itu adalah wanita tersebut perlu dikahwinkan dengan pokok terlebih dahulu dan kemudian menebang pokok berkenaan.

Jadi, mana satu antara adat di atas yang pernah anda dengar?

Artikel Lain Untuk Di Baca