Percaya atau tidak, ramai orang masih mempunyai persepsi negatif dengan TikTok sehingga ke hari ini kerana menganggap aplikasi terkenal itu banyak mengandungi video santai dan tarian semata-mata.
Tanggapan itu tidak tepat sama sekali kerana TikTok kini banyak digunakan sebagai medium untuk berkongsi perkara-perkara bermanfaat seperti pemasaran, perniagaan, tips kehidupan dan macam-macam lagi.
Terbaharu, video Khairul Anuar Azmi atau lebih dikenali sebagai Nuar membaca doa selepas azan berjaya mencuri perhatian orang ramai di laman TikTok.
Pada waktu artikel ini ditulis, video beliau berjaya meraih lebih 1.1 juta tontonan dan 127,200 tanda suka dalam masa satu hari sahaja.
@khairulanuarazmi Voiceover doa selepas Azan #1hari1voiceover #voiceover
♬ original sound – Khairul Anuar Bin Az – Khairul Anuar Bin Az
Sementara itu, tinjauan kami di laman TikTok mendapati rata-rata warganet agak terkejut selepas menonton video ini kerana suara merdu yang pernah kami labelkan sebagai Morgan Freeman Malaysia itu persis seorang pembaca doa selepas azan yang kerap menghiasi kaca televisyen:



Dalam pada itu, team Lejen Digital telah menghubungi tuan punya suara untuk mendengar sendiri penjelasan beliau. Bercakap kepada iamlejen.com, Nuar menjelaskan bahawa beliau tidak pernah lagi membuat suara latar untuk doa selepas azan yang disiarkan di kaca televisyen.
“Saya tidak pernah buat suara latar untuk bacaan doa selepas azan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) ataupun apa-apa versi yang anda bayangkan. Bacaan doa selepas azan yang keluar di televisyen selama ini pula bukan suara saya,” ujarnya.
Nuar bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau memang merupakan seorang pencerita suara latar yang aktif buat voice over untuk program-program televisyen seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Nuar menjelaskan bahawa beliau memuat naik video itu kerana memang suka membuat voice over, “Sebagai seorang pencerita suara latar, kita suka membuat konten voice over dekat media sosial.
Saya sebenarnya sudah lama muat naik video bacaan doa selepas azan di laman Instagram tetapi upload semula kerana baru sahaja membuat akaun TikTok. Saya muat naik video itu kerana suka membuat konten pasal suara latar. Untuk video ini pula, saya buat konten itu suka-suka sempena Ramadan dan untuk tontonan pengikut di media sosial.”
Nuar turut menjelaskan bahawa beliau kini aktif menghasilkan pelbagai konten suara latar di media sosial. Selain itu, beliau juga aktif bersama Persatuan Si Pencerita di mana ia menggabungkan semua bakat yang ada dalam bidang suara latar di Malaysia.
Menurut Nuar lagi, Persatuan Sri Pencerita merupakan salah satu inisiatif beliau untuk memperkenalkan lagi bidang suara latar kepada orang ramai.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: