Tanggal 5 September 2019 bersamaan hari Khamis kekal menjadi hari duka buat Faiz Fadzil dan isterinya, Azlina. Pasangan ini secara tulusnya telah menyatakan keredhaan mereka dalam menerima ketentuan Ilahi berikutan pemergian anak kandung tercinta selepas 45 hari dilahirkan.
Peristiwa duka ini bermula sejak bayi berusia empat bulan dalam kandungan sang isteri. Menerusi imbasan scan 4D yang dijalankan, doktor mengesan beberapa kelainan dalam jantung bayi berkenaan.
Lepas pakar Hospital Klang check, disahkan baby ada masalah Transposition of Great Arteries (TGA), dan dirujuk ke Hospital Serdang. Maka bermulalah kisah cabaran penuh appointment di Klang & Serdang.
Aku hilangkan diri sebab nak bagi penuh perhatian kepasa isteri.
— Faiz (@faizfadzil) September 6, 2019
Pelbagai perasaan yang bercampur aduk tatkala mendengar kenyataan tersebut. Namun begitu, mereka tetap cuba untuk tenang dan kekal positif. Bermula saat itu juga, kehidupan sepasang suami isteri ini mula berubah 180 darjah.
Kesempatan masa yang ada dipenuhi dengan jadual temujanji untuk bertemu dengan doktor pakar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Hospital Serdang.
22 Julai 2019 anak kedua (lelaki) dilahirkan. Bermulah perjalanan 45 hari yang mengajar aku pelbagai erti.
Lepas lahir saja terus masuk NICU HTAR selama dua minggu untuk pemantauan sebelum dipindahkan ke Serdang. Azan dan iqamat pun sekadar di inkubator.
— Faiz (@faizfadzil) September 6, 2019
Berbeza dengan ibu bapa lain, pasangan ini sama sekali tidak berkesempatan untuk memegang, memeluk dan mencium bayinya sendiri sejak lahir ke dunia.
Tubuh mungil itu ternyata bukan sahaja menghidap Transposition of The Great Arteries (TGA) dan cleft lip, malahan dikesan mempunyai Anotia dan Scoliosis. Meskipun pahit untuk ditelan, mereka tetap tegar melawan arus. Pastinya tersirat seribu harapan agar bayi tersebut sembuh dan sihat seperti anak-anak kecil lain.
7 Ogos 2019, pembedahan yang dijadualkan berlangsung. Sebelum masuk dewan bedah, para doktor bagi peluang untuk cium. Ya Allah, first time sejak dua minggu baru dapat cium. Gugur air mata, tapi cepat cepat paling muka taknak bagi isteri nampak.
https://t.co/xZf53V6r0P— Faiz (@faizfadzil) September 6, 2019
Setelah sembilan jam menunggu, pembedahan yang dilaksanakan dilaporkan telah berjaya. Rasa syukur dipanjatkan kepada yang Esa. Kebahagiaan dan kegembiraan yang dikecapi ternyata hanyalah sementara tatkala doktor memaklumkan bahawa degupan jantung bayi didapati berhenti seketika.
Kepiluan yang dirasakan kian bertambah apabila jumlah ubat harian yang diberikan kepada bayi mungil itu lebih daripada 10 jenis. Walau bagaimanapun, tubuh kecil itu kembali membengkak.
Maka bermulalah episod recovery selepas operation. Walaupun berjaya, tapi dada masih belum dapat tutup sebab doktor masih nak pantau.
Selang beberapa hari lepas tu, badan baby membengkak sebab takde kencing, rupanya buah pinggang tak berfungsi sementara
— Faiz (@faizfadzil) September 6, 2019
Jelasnya lagi, bahagian dada anak mereka, El Hasiq tidak dapat ditutup berikutan bacaan tekanan darah yang rendah. Berhubung hal tersebut, bayi mula dijangkiti kuman. Pelbagai ubatan yang berdos tinggi telah diberikan agar dapat menyembuhkannya.
Hari demi hari pun berlalu, doktor memutuskan untuk menutup kulit pada bahagian bayi terlebih dahulu agar tidak mudah dijangkiti kuman. Keadaan bayi juga semakin hari bertambah baik.
Walau bagaimanapun, langit tidak selalunya cerah. Bertepatan dengan hari ulang tahun perkahwinan pasangan ini yang ke-5, mereka dilaporkan oleh pihak hospital berkaitan keadaan bayi tersebut.
Namun pada 31 Ogos 2019, hari anniversary aku dan isteri yang ke-5, nurse bagitau pada awal pagi keadaan baby drop sikit dan mesin bantuan pernafasan pun pakai balik yang berkuasa tinggi.
Pada waktu ni, aku sedar yang something is not right, dan masa dia dah tak lama tinggal.
— Faiz (@faizfadzil) September 6, 2019
Menurut Faiz Fadzil, organ anak kandung keduanya sudah tidak dapat berfungsi dengan baik berikutan jangkitan kuman yang merebak ke seluruh tubuh kecil itu.
Pemuda ini seterusnya mengambil keputusan dengan membenarkan isterinya menemankan El Hasiq di hospital sepanjang malam tersebut sementara dia pulang ke rumah untuk menguruskan anak perempuan sulungnya.
Keesokan paginya, Faiz menerima pesanan daripada isterinya menerusi WhatsApp yang meminta beliau untuk segera ke hospital.
Lepas aku sampai, doktor dan nurse bagi ruang untuk aku dan isteri sebelum proses tu dijalankan. Sekitar 10:50, doktor tutup ubat dan baby diletakkan di pangku isteri.
Itulah kali pertama isteri aku pangku dia. 😢
— Faiz (@faizfadzil) September 6, 2019
Selama detik itulah, mereka bertiga meluangkan masa bersama sambil diselangi dengan keadaan bayi yang semakin tenat. Justeru, hati orang tua mana yang tidak terkesan apabila melihat bayi yang dikandungnya perlahan-lahan bakal meninggalkan mereka sekeluarga?
Tempoh satu jam bersama anak tercinta berakhir apabila hembusan nafas El Hasiq berakhir di pangkuan ibunda yang dikasihi.
Dan sejam lepas tu, 11:50 pagi baby pergi buat selama-lamanya di pangku ibunya yang mengandungkan dia selama 40 minggu.
— Faiz (@faizfadzil) September 6, 2019
Pengorbanan ibu dan bapa sememangnya tiada bandingannya. Begitu juga dengan anak-anak. Mereka merupakan anugerah tuhan yang paling indah untuk dijaga, dibelai dan dididik dengan penuh kasih sayang.
Selamat jalan anak syurga, Elhasiq Bin Mohamad Faiz. Al-Fatihah.