41 Tahun Tuntut Keadilan, Keluarga Mangsa Rogol Dan Bunuh Rayu Buka Semula Kes

Walaupun sudah lebih 40 tahun peristiwa itu berlaku, masih segar lagi dalam ingatan Goh Leng Hai kali terakhir dia ternampak adik perempuannya yang berusia 8 tahun itu di hadapan rumah mereka semasa dia sedang keluar membeli mi untuk keluarganya.

Pada suatu petang 19 November 1980 di Jalan Petua, Singapura, keluarga Goh sudahpun merancang untuk menyambut kejayaan Goh Beng Choo yang berusia 8 tahun kerana telah meraih keputusan yang cemerlang.

Malangnya, beberapa jam kemudian, sekujur tubuh anak perempuan ditemukan di belakang sebuah kuil Tao di perkampungan Jalan Petua.

Dia dikatakan telah diperkosa dan dibunuh, namun dalang di sebalik peristiwa itu masih belum ditemui sehingga sekarang.

Sumber: Facebook Crime Library Singapore

Kini, abang mangsa telah memohon kepada sesiapa yang mempunyai sebarang informasi terhadap kes pembunuhan adiknya tersebut untuk tampil melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Ini adalah tanggungjawab saya sebagai abang untuk tampil ke hadapan dan menuntut sebarang informasi,” kata Goh.

Di dalam sebuah peta lukisan tangan yang menggambarkan perkampungan lama Goh di Jalan Petua, dia menjelaskan semula kejadian yang berlaku pada petang tersebut dan menunjukkan dua buah kedai yang sering dia dan adiknya pergi.

Sumber: Mothership.Sg

Salah satu daripada kedai tersebut menjual makanan jajan dan terletak di seberang jalan daripada rumah keluarganya, manakala kedai yang kedua itu menjual mi dan terletak di persimpangan hadapan.

Goh mengatakan bahawa adik perempuannya itu memberitahu kepadanya bahawa dia akan pergi ke kedai jajan berhampiran rumahnya manakala Goh pergi ke kedai mi tersebut.

Berita The Straits Times pada tahun 1983 turut melaporkan bahawa Beng Choo telah meminta sepupunya, yang tinggal di sebelah rumahnya, untuk membantu dia melakukan kerja sekolah.

Sepupunya menyetujui untuk membantu Beng Choo selepas habis menonton rancangan televisyen tetapi setelah rancangan itu tamat, Beng Choo didapati sudah tiada di rumahnya.

Sumber: Mothership.Sg

Pada sekitar jam 8:30 malam, kedengaran suara teriakan daripada ayah Beng Choo tetapi dia hanya mengendahkan perkara tersebut.

Ayah Beng Choo memberitahu, “Jam sudah menunjukkan hampir 9:30 malam tetapi dia masih belum pulang dan kami sangat khuatir dengan keberadaannya.”

Mayat Beng Choo akhirnya ditemui di kawasan semak sekitar belakang kuil Tao dengan keadaan yang penuh kesan cakar pada bahagian muka, leher dan lengannya.

Sumber: Facebook Crime Library Singapore

Baju yang dipakainya didapati telah koyak dan pihak penyiasat mempercayai bahawa Beng Choo meninggal akibat daripada hatinya yang pecah selepas cubaan untuk melepaskan diri ketika dia diperkosa.

Goh berkata, “Saya rasa salah satu perkara yang saya masih berlegar dalam fikiran saya sampai sekarang ini ialah saya sepatutnya teman dia pada waktu itu dan bukan meninggalkan dia pergi sendirian.”

Penyiasatan yang dilakukan pada masa itu tidak berjaya untuk mendapatkan sebarang bukti yang jelas tetapi kemudiannya mendedahkan bahawa Beng Choo pernah menolak ajakan seorang lelaki dewasa yang tidak dikenali pada suatu ketika dahulu.

Dua tahun selepas kejadian, akhbar The Straits Times melaporkan bahawa keluarga Goh menyediakan pampasan sebanyak S$10,000 kepada sesiapa yang mempunyai sebarang informasi yang dapat membantu mereka memburu pembunuh Beng Choo ke muka pengadilan.

“Ayah saya, sehingga sekarang, masih menyimpan satu-satunya gambar (Beng Choo) di dalam dompetnya,” kata Goh.

Sumber: Mothership.Sg

Keluarga Beng Choo menjelaskan bahawa Beng Choo merupakan seorang anak perempuan yang sangat pintar di sekolahnya dan dia juga sangat bertanggungjawab dan rajin dalam membantu menguruskan hal rumah serta sering menolong untuk menjaga adik-adiknya yang lain.

Goh memberitahu bahawa kedua ibu bapanya, yang kini sudah mencecah usia 80 tahun, sering berasa sangat sedih dan terkilan, terutamanya apabila tibanya hari ulangtahun kematian Beng Choo serta pada hari Qing Ming Jie, sebuah festival yang disambut orang Cina untuk merayakan kematian.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca