41 Penyokong Harimau Malaya Dan Garuda Ditahan Polis

Pihak polis telah menahan 41 penyokong yang menghadiri perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia malam tadi kerana disyaki terlibat dalam insiden melakukan kekecohan.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras iaitu ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, pihaknya telah menahan 27 penyokong Malaysia dan 14 penyokong Indonesia sebaik sahaja perlawanan tamat.

“Kesemua mereka ditahan untuk tujuan dokumentasi dan telah dibebaskan selepas selesai proses tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, berlaku provokasi antara penyokong skuad Harimau Malaya dan Garuda selepas tamat perlawanan. Insiden kekecohan yang berlaku di hadapan Pintu Masuk E itu memaksa Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keadaan di kawasan tersebut.

Insiden itu tercetus gara-gara tindakan segelintir penyokong timnas Indonesia yang bertindak membaling suar di dalam stadium sejurus tirai jaringan dibuka dengan penuh bergaya oleh penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid menerusi satu sepakan percuma yang menakjubkan pada minit ke-30.

Untuk rekod, skuad Harimau Malaya berjaya benamkan Garuda 2-0.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca