4 Trend Fesyen Zaman Dahulu Menyebabkan Banyak Kematian Berlaku

Mungkin anda pernah mendengar frasa “fesyen maut”. Tetapi kini, kasut tumit tinggi stiletto dan seluar yang terlampau ketat juga boleh membunuh si pemakai, namun tahukah anda fesyen dan pakaian yang “membunuh” ini sebenarnya telah lama wujud? Seawal kurun ke-18 dan ke-19 lagi pakaian dan aksesori seperti topi, kasut dan kain dalam telah banyak mengorbankan ramai mangsa yang tidak berdosa.

Kami kongsikan beberapa trend fesyen yang pernah meragut nyawa pada zaman dahulu.

1. Kolar Baju Yang Tinggi Dan Ketat

Dalam abad ke-18, kekerasan kolar baju sering dikaitkan dengan sifat kejantanan seorang lelaki. Disebabkan itulah kolar ini menjadi fesyen popular pada zaman itu.

Namun tahukah anda, pada masa yang sama, ia juga berupaya membunuh si pemakai? Pada penghujung 1800-an, seorang lelaki nyaris terkorban apabila dia tersilap langkah semasa hendak keluar dari kenderaan dan hampir dipenggal leher oleh kolar yang keras dan tajam.

2. Mengikat Kaki

Trend ini juga dikenali sebagai kaki bunga teratai dan ia menjadi sangat popular pada kurun ke-8 di China. Segalanya bermula ketika seorang penari bernama Yao Niang mengikat kakinya menjadi bentuk anak bulan. Mereka memberitahu sekiranya seseorang wanita mengikat kaki mereka, ia akan membuatkan seorang itu kelihatan lebih menawan dan menghasilkan lengkungan kaki yang bergantung hanya kepada otot paha serta punggung sebagai penyokong apabila berdiri atau berjalan.

Namun sebenarnya, perbuatan mengikat kaki ini akan menyekat aliran darah ke bahagian jari kaki dan menyebabkan penyakit seperti gangren dan pelbagai jangkitan penyakit yang boleh membawa maut.

3. The Fontange

Hiasan kepala ini popular selepas gundik Raja Louis XIV iaitu Duchesse de Fontagne memakainya dan ia kemudiannya terus menjadi satu trend di Perancis dan England.

Pada mulanya ia hanyalah hiasan rambut keriting yang diikat riben. Namun, lama-kelamaan aksesori ini menjadi semakin tinggi, lebih gah dan lebih berbahaya. Masalah mula timbul kerana pada ketika trend hiasan kepala ini menjadi popular, lilin chandelier juga turut sama digilai ramai. Maka, disebabkan itu ramai wanita mengalami kebakaran rambut akibat tersangkut pada lilin sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian muka dan leher.

4. Topi Top Hat

Pada awal kurun ke-18 sehingga kurun ke-19, topi top hat sangat popular ketika itu. Namun tahukah anda, topi top hat ketika itu dilapik menggunakan merkuri sehingga memberikan kesan kepada sistem saraf pekerja yang menghasilkan aksesori ini. Pendedahan kepada merkuri telah menyebabkan ramai pekerja menjadi agresif, angin kerap bertukar, bersikap anti sosial dan juga telah membunuh beberapa pekerja yang lain.

Jika anda ingin berfesyen biarlah ala kadar sahaja. Jangan terlalu obses dengan trend terbaru sehingga menyebabkan sesuatu yang buruk berlaku kepada anda.

Sumber: Beautynesia

Artikel Lain Untuk Di Baca