4 Tips Untuk Tempah Tiket Penerbangan Dengan Harga Yang Lebih Murah

Segelintir daripada kita suka melancong tidak kiralah di dalam negara mahupun merentasi lautan biru yang luas. Ramai di antara kita ingin bercuti ke luar negara tetapi harga tiket penerbangan terlalu mahal sehingga menyebabkan kita membatalkan hasrat tersebut. Kali ini, kami kongsikan 4 tips untuk menempah tiket penerbangan dengan harga yang murah:

1. Mengambil pakej yang ditawarkan oleh agensi pelancongan

Negara kita mempunyai banyak agensi pelancongan yang menawarkan pakej-pakej menarik dan murah ke sesuatu tempat. Namun begitu, kita perlu berhati-hati dengan mereka kerana kita mungkin akan ditipu.

Selalunya, apabila kita mengambil pakej dengan agensi pelancongan, tiket penerbangan pergi dan balik adalah termasuk dalam pakej tersebut. Jadi, kita sudah tidak perlu memikirkan soal tiket penerbangan itu lagi kerana semuanya telah diuruskan.

2. Gunakan search engine sebagai ejen carian

Di dunia hujung jari ini, dengan sekali klik sahaja anda akan dapat tahu berapa nilai tiket penerbangan anda. Search engine yang boleh digunakan adalah seperti Skyscanner dan Momondo.

Dengan menggunakan search engine ini, anda akan dapat membezakan harga tiket penerbangan dengan setiap syarikat penerbangan dan perkara ini tidak merugikan masa anda sedikit pun. Tambahan lagi, anda boleh mendapatkan notifikasi tiket yang lebih murah sekiranya kali pertama anda cari tiket tersebut masih mahal.

3. Ikuti media sosial syarikat penerbangan

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang promosi tiket penerbangan, tidak ada cara lain yang lebih mudah selain menggunakan media sosial.

Media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram adalah antara medium utama yang digunakan syarikat penerbangan untuk mempromosikan harga tiket penerbangan yang murah dan perkara ini selalunya akan diuar-uarkan di media sosial mereka terlebih dahulu.

4. Tempah tiket penerbangan dengan awal

Anda harus tahu membeli tiket pada awal waktu adalah salah satu kunci untuk mendapatkan tiket penerbangan yang murah tetapi anda perlu berhati-hati agar tidak menempah terlalu awal kerana syarikat penerbangan ini akan membuat promosi pada waktu yang tak diduga.

Anda juga perlu berwaspada kerana kebanyakan syarikat penerbangan ini sudah menetapkan berapa ramai yang akan dapat tiket yang murah, tiket pada harga medium dan juga pada harga yang mahal. Hal ini demikian kerana mereka ingin mengumpan pembeli dan kita perlu bijak mencuri peluang yang ditwarkan mereka ini.

Jadi, sekiranya anda ingin pergi bercuti, bolehlah gunakan tips-tips di atas untuk mendapatkan tiket penerbangan yang murah. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Penulis

  • Ahmad Syakir Mohd Arifin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca