4 Tips Bilik Tidur Sempit Kelihatan Luas

Alangkah indahnya mempunyai bilik tidur yang luas dan selesa. Bayangkan anda boleh meletakkan perabot tanpa perlu risau ruang menjadi sempit. Malangnya, tidak semua orang memiliki ruang bilik tidur yang luas. Percaya atau tidak, ruang kecil juga boleh berubah menjadi ruang yang besar. Kami kongsikan 4 tips mengubah bilik tidur sempit agar kelihatan luas untuk anda.

1. Pilih warna yang lembut

Sumber: uredjenje-doma.com

Sekiranya anda mahu mengecat dinding bilik tidur anda, gunakan warna yang lembut dan terang seperti warna putih, biru awan dan kelabu lembut. Dengan pemilihan warna ini, bilik anda akan terasa luas dan tenang kerana ia memberi impak positif. Elakkan daripada menggunakan warna gelap kerana ia menjadikan ruang bilik anda kelihatan suram akibat daripada penyerapan cahaya yang masuk ke dalam bilik.

2. Guna perabot pelbagai fungsi

Sumber: IKEA

Dari segi pemilihan perabot, anda disarankan untuk mencari perabot yang mempunyai pelbagai fungsi. Perabot jenis ini akan menjimatkan ruang dan wang anda kerana perabot yang banyak akan memenuhi ruang anda. Sekiranya anda ingin membeli perabot jenis ini, anda boleh pergi ke IKEA kerana mereka menyediakan banyak perabot pelbagai fungsi yang menarik untuk anda pilih. Contohnya, katil HEMNES yang mempunyai ruang laci simpanan di bawah.

3. Cermin

Sumber: houzz.com

Salah satu cara untuk menampakkan bilik tidur anda kelihatan luas dengan meletakkan cermin di dalamnya. Cermin yang bersaiz besar mampu memberikan kesan luas terhadap bilik anda. Dengan adanya cermin, ia dapat memantulkan cahaya semulajadi dan tiruan supaya bilik anda kelihatan terang pada waktu siang dan malam. Contohnya, ada boleh meletakkan cermin bersaiz besar pada pintu almari untuk menjimatkan ruang.

4. Pencahayaan

Sumber: REMODELISTA

Pencahayaan semulajadi dapat membuatkan bilik anda kelihatan besar. Jika anda tidak mempunyai pencahayaan semulajadi yang banyak, anda boleh menambah beberapa kesan kreatif dengan penggunaan lampu. Terdapat pelbagai jenis lampu yang boleh anda pilih seperti lampu tidur, lampu meja dan lampu dinding. Kehadiran cahaya lampu mampu memberi mood romatik dan lebih tenang untuk bilik tidur anda.

Hanya dengan sedikit perubahan, anda boleh menggubah bilik tidur sempit menjadi luas tanpa berbelanja besar. Cuba anda pratikkan tips ini di ruang bilik tidur atau seluruh rumah anda. Selepas ini anda akan rasa tenang dan selesa di dalamnya.

Artikel Lain Untuk Di Baca