Setiap orang pasti nak cantik dan sihat bukan? Malah ada yang tak kisah untuk mengeluarkan wang yang banyak demi untuk kelihatan cantik dan sihat.
Sebelum ni anda mesti dah biasa dengar rawatan menggunakan coklat dan emas, tapi apa yang penulis nak tunjuk kali ini memang lain dari yang lain. Nak tahu apa yang lain? Jom baca dengan lebih lanjut!
- Terapi Lebah
Apitherapy merupakan rawatan yang menggunakan produk yang berasal dari lebah antaranya madu, propolis, royal jelly, pollen, lilin lebah, madu sarang, larva lebah , phedra termasuklah ‘bee venom’ iaitu melalui sengatan atau racun lebah.
Umum tmengetahui khasiat rawatan daripada lebah ini memang banyak, dipercayai rawatan ini boleh digunakan untuk membantu penyakit sklerosis pelbagai (MS), arthritis, jangkitan, dan keradangan saraf ganglia.
- Urutan Ular

Di negara luar, sebuah spa menawarkan khidmat urutan dengan menggunakan ular. Ular-ular yang tidak berbisa ini akan bergerak-gerak di seluruh tubuh dan muka pelanggan dan dikatakan reptilia itu sangat bagus untuk meredakan sakit kepala.
- Mandi Pasir Gunung Berapi
Anda mungkin pernah dengar tentang mandi lumpur dan juga mandi pasir, tetapi pernah tak anda terfikir sesuatu dari gunung berapi boleh digunakan sebagai rawatan spa? Di Jepun, rawatan ini adalah sesuatu yang normal. Malah difahamkan kawasan mandi tradisional seperti Yamakawa Sand Baths yang terletak di Kagoshima dipanaskan oleh gunung berapi berhampiran..
- Terapi Jerami

Menarik bukan?