4 Teknik Mempertahankan Diri Buat Para Wanita!

Saban hari berita mengenai kes jenayah melibatkan para wanita semakin meningkat. Bayangkan anda berada dalam situasi dimana ketika anda sedang berjalan seorang diri, secara tiba-tiba anda diserang oleh individu yang tidak dikenali? Apa yang akan anda lakukan? Menjerit? Lari? Atau pasrah dan tidak melawan? Sekiranya anda tidak melawan, anda mungkin menjadi mangsa jenayah yang seterusnya. Oh no!

Oleh itu, amatlah penting bagi seseorang terutamanya wanita untuk mempelajari seni mempertahankan diri. Sekurang-kurangnya anda akan mempunyai masa yang cukup untuk melarikan diri dan meminta bantuan orang ramai. Jom kita pelajari teknik-teknik tersebut!

 

  1. Pukulan Ke Muka

 

Photo: Trai Nghiem Hay

 

Kita sedia maklum bahawa wanita mempunyai kekuatan yang kurang jika dibandingkan dengan lelaki. Oleh itu, sekiranya diserang gunakan bahagian tapak tapak yang lebih keras dan hentakkan bahagian tersebut tepat pada bahagian hidung atau tekak penyerang.

Disebabkan kawasan tersebut merupakan bahagian yang agak lembut jika dibandingkan dengan tulang pipi pastinya penyerang akan merasakan kesakitan yang maksimum.

 

2. Hentakan Ke Kelangkang

 

Foto: Iluminasi

 

Hentakan ke kelangkang pasti mampu melumpuhkan serangan penyerang terutamanya jika penyerang tersebut lelaki. Jika anda melakukan teknik ini dengan betul, ia akan mengakibatkan penyerang hilang keupayaan mengawal diri selain rasa pening atau mungkin pitam.

 

3. Melepaskan Diri Dari Pelukan Belakang

 

Foto: Trai Nghiem Hay

 

Jika penyerang memeluk anda dari bahagian belakang, lipatkan tangan lalu pegang penyerang kemudian pusingkan badan dengan cepat. Selepas itu lekas-lekas tunduk untuk menyelamatkan diri.

Sekiranya penyerang memeluk leher, anda boleh menggunakan siku untuk menyiku bahagian perut penyerang. Selain itu anda juga boleh menudukkan badan lalu tarik bahagian kaki penyerang dengan cepat agar penyerang hilang kesesimbangan badan.

 

4. Melepaskan Diri Dari Pelukan Di Pinggang

 

Foto: Iluminasi

 

Apa yang anda boleh buat ialah memusingkan-musingkan badan untuk memberikan ruang supaya penyerang membebaskan anda. Selain itu anda juga boleh menarik kaki penyerang dari dalam ke luar menggunakan kaki anda. Ini akan memberikan anda ruang yang cukup untuk melemahkan pelukan penyerang. Sebaik sahaja merasakan anda ada ruang yang cukup,  cepat-cepat berpusing dan hentak dada atau kelangkang penyerang untuk memberikan anda peluang melarikan diri.

 

Antara langkah-langkah pencegahan lain yang boleh diamalkan ialah:

 

  • Jangan leka dengan telefon bimbit ketika berjalan seorang diri. Sentiasa awasi persekitaran anda.
  • Elakkan daripada memakai barang kemas yang keterlaluan. Barang kemas merupakan salah satu faktor yang menarik perhatian penjenayah.
  • Jangan berjalan di tempat sunyi seorang. Sebaiknya pastikan anda mempunyai kawan atau berteman ketika pergi ke tempat-tempat tersebut.

 

Stay safe girls!

Artikel Lain Untuk Di Baca