4 Tanda Yang Menunjukkan Anda Adalah ‘Squidward’

Semestinya anda pernah menonton SpongeBob SquarePants sewaktu kecil dulu, bukan? Biarpun berpuluh tahun berlalu, animasi ini masih menjadi tontonan ramai sehingga sekarang.

Rancangan televisyen yang terkenal dengan watak-wataknya yang dinamik seperti SpongeBob yang sentiasa ceria, Patrick Star si dungu, Mr. Krab si mata duitan, Plankton si pencuri menu krabby patty dan tidak ketinggalan watak Squidward.

Ketika kecil dulu, kita sering merasakan watak Squidward seakan bernuansa, yang tidak mempunyai sebarang emosi tetapi kini semakin ramai yang bersetuju mereka berubah daripada Spongebob menjadi Squidward apabila melangkah ke alam dewasa. 

Ini merupakan 4 tanda anda adalah Squidward tanpa sedar:

1.Sikap acuh tak acuh dan tidak menghiraukan persekitaran

Sumber: tumblr

Hal ini tidak asing lagi dalam kehidupan Squidward yang langsung tidak mengendahkan situasi sekelilingnya. Ini juga boleh terjadi apabila kita sudah tidak peduli dan ambil kisah tentang sesuatu perkara itu lagi.

2. Tidak beremosi

Sumber: thesource

Pada anda yang menonton animasi ini sudah pasti tahu bahawa watak Squidward merupakan watak yang jarang sekali tersenyum dan ketawa. Hal ini kerana, karakternya seorang yang selalu memaparkan reaksi masam dan terkenal dengan imej ‘tiada jiwa’. Sesetengah orang sukar menunjukkan reaksi yang baik kerana kurangnya emosi, kekeliruan, kebosanan dan kemurungan.

3. Lebih suka bersendirian

Sumber: navii

Squidward seringkali memarahi SpongeBob dan Patrick terutama apabila mereka membuat kacau atau bising kerana Squidward seorang yang sukakan kesunyian dan ketenangan. Perbuatan ini selalu dilakukan oleh mereka yang introvert dan anti-sosial.

4. Jujur dan berterus terang

Sumber: tumblr

Walaupun sikapnya acuh tak acuh, Squidward sorang yang sangat jujur dalam percakapan dan berani menegakkan kebenaran. Namun begitu, masih ramai yang memutuskan untuk berdiam diri berbanding mempertahankan diri sendiri. 

Ketika keanak-anakkan, kita seringkali tidak memahami mengapa Squidward selalu memencilkan diri dan membenci orang lain. Namun sekarang, kita boleh setuju bahawa sedikit demi sedikit kita semakin berkait rapat dengan watak Squidward apabila menuju ke alam dewasa.

Jadi adakah anda mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan Squidward sekarang?

Penulis:

  • Fatin Amirah Syazwani Binti Amirudin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Prof. Madya Dr. Mohd Syuhaidi Bin Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Jalinan Industri (ICAN) dan Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca