4 Tanda Produk Kecantikan Yang Anda Pakai Tidak Sesuai Dengan Kulit Wajah

Pasti ramai yang keliru dan bimbang sama ada produk kecantikan yang dipakai sesuai dengan kulit atau tidak. Ini kerana, jika anda tersalah memilih produk, ia boleh memberi kesan buruk pada kesihatan kulit wajah anda.

Berikut kami kongsikan antara 4 tanda produk kecantikan yang anda pakai tidak sesuai dengan kulit wajah.

1. Kulit menjadi merah (ruam)

Jika anda mengalami tanda seperti gambar di atas, berhentilah menggunakan produk yang anda sedang gunakan sekarang dan sila bertukar kepada produk yang lain.

2. Tumbuh jerawat

Sekiranya jerawat mulai tumbuh di tempat yang bukan kebiasaannya selepas anda menggunakan produk kecantikan tersebut, anda perlu bertukar kepada produk lain. Jika ia semakin teruk, anda perlu berjumpa dengan pakar kulit untuk mendapatkan nasihat.

3. Rasa gatal pada kulit

Apabila anda berasa gatal pada kulit selepas penggunaan produk kecantikan baru, periksa semula bahan yang digunakan dalam produk kecantikan tersebut kerana mungkin kulit anda tidak sesuai dengan bahan yang digunakan di dalamnya.

4. Timbul masalah whitehead dan blackhead

Penggunaan produk kecantikan yang terlalu berminyak adalah penyebab masalah ini berlaku. Jadi anda haruslah berhenti dan beralih kepada produk kencantikan yang sesuai dengan jenis kulit muka anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Penulis:

  • Siti Noor Syahirah binti Sukri adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca