4 Tanda Pasangan Anda Adalah Psikopat

Psikopat adalah individu yang mengalami masalah mental dan sakit jiwa yang tidak seimbang sehingga boleh menyebabkan tingkah laku tidak normal atau bertindak agresif. Seorang psikopat malahan turut menjalani kehidupan seperti orang biasa.

Jadi bagaimana kita hendak tahu jika si dia adalah seorang psikopat? Berikut kami senaraikan tanda-tanda jika pasangan anda berkemungkinan seorang psikopat:

1.Sering berbohong

Sumber: mstar

Seorang psikopat sering berbohong dan akan sering memutarbelitkan sesuatu cerita demi tujuan tertentu. Dia juga akan sering menggunakan kata-kata yang tidak konsisten dan mengalami perubahan sikap yang berbeza-beza.

Jika anda mendapati hubungan anada penuh dengan kebohongan dan si dia tidak merasa bersalah sedikit pun kemungkinan anda tanpa sedar sedang menjalinkan hubungan bersama seorang yang psikopat.

2. Bersifat narsasis

Sumber: TheFashionisto

Narsisisme merupakan sesuatu keadaan apabila seseorang itu terlalu memuja dan mengagumi diri mereka sendiri. Malah seorang narsasis juga sukar untuk menerima kebenaran jika ia tidak berpihak kepada diri mereka.

Tahukah anda terdapat satu kajian menunjukkan bahawa lelaki yang suka bergambar dan mengambil masa yang lama untuk menyunting gambar mereka juga sedikit sebanyak turut menunjukkan sifat terlalu kagum akan diri sendiri serta narsasisme.

Walaupun begitu, tidak semua narsasis merupakan seorang yang sosiopatik di mana seorang sosiopatik tidak akan bertindak mengikut emosi berbanding dengan psikopat. Oleh itu, sesetengah psikopat lebih cenderung menilai dirinya lebih baik dari orang lain dan bersifat bongkak.

3. Bersikap posesif

Sumber: LoveDignity

Antara tanda yang mungkin anda perlu lihat apabila bersama dengan pasangan yang psikopat adalah apabila mereka bersikap terlebih posesif. Sesetengah mungkin berpendapat bahawa cemburu bermaksud sayang namun sebaliknya bagi pasangan yang psikopat, yang mana mereka memiliki sifat cemburu yang berlebihan.

Sebagai contohnya, pasangan anda bersikap terlalu cemburu walaupun anda hanya bercakap dengan kawan lelaki. Jika anda mendapati pasangan anda bersikap hingga melebihi batas, anda dinasihatkan supaya berhati-hati dan mendapatkan bantuan jika terjadi sesuatu yang tidak diingini.

4. Selalu menyalahkan diri orang lain

Sumber: thexycode

Seorang psikopat tidak akan pernah mengakui kesalahan mereka dan sering berfikir kuasa sesuatu hubungan itu terletak di tangannya. Mereka akan membuatkan anda menanggung kesalahan yang telah mereka buat. Perbuatan ini bukan sahaja dapat dilihat di dalam hubungan peribadi malahan di tempat kerja sama ada kita sedar ataupun tidak.

Walaupun begitu, dengan bantuan sesi terapi, individu psikopat mungkin dapat berubah ke arah yang lebih baik serta mempunyai peluang yang cerah untuk menjayakan sesuatu hubungan.

Oleh itu, pastikan anda mengenali pasangan anda terlebih dahulu dan sekiranya si dia berubah menjadi seseorang yang kita tidak kenali, berkemungkinan besar anda sedang menjalinkan hubungan bersama seorang yang psikopat.

Untuk membaca artikel yang berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca