4 Tanda Anda Mengalami Trauma Berterusan Akibat Pandemik

trauma covid19

Kesan pandemik COVID-19 bukan sahaja satu fenomena yang memberi impak kepada kesihatan secara fizikal malah turut menjejaskan kesihatan mental secara tidak langsung.

Ini juga merujuk kepada peristiwa traumatik yang dirasai oleh sesetengah orang sehingga mengganggu kehidupan seharian mereka.

Kebiasaannya gangguan trauma atau stress pasca trauma (PTSD) tercetus apabila terdapat sesuatu peristiwa yang mengubah kehidupan secara drastik.

Setelah hampir dua tahun mengalami pandemik ini, pelbagai tragedi yang dialami oleh orang disekeliling kita.

Ada di antaranya kematian orang yang tersayang, kehilangan pekerjaan dan ada juga yang sudah berputus asa meneruskan kehidupan.

Norma baharu yang berterusan ini menyebabkan anda tidak dapat meramalkan keadaan atau merancang kehidupan dengan jelas.

Akibat daripada perubahan ini, ramai yang merasakan mereka kehilangan identiti dan rasa diri.

Ini merupakan empat tanda anda mengalami trauma berterusan akibat pandemik:

  1. Sentiasa berfikiran negatif

Trauma selalunya membawa kepada pemikiran negatif. Sesetengah orang mengembangkan persepsi negatif terhadap diri mereka sendiri dan harga diri mereka.

Ini menimbulkan perasaan sukar untuk melihat masa depan dan hilang rasa positif tentang semua perkara.

  1. Mudah terkena penyakit

Tekanan traumatik kadangkala boleh menjejaskan kesihatan fizikal. Penurunan imunisasi disebabkan oleh pengaruh emosi akan berlaku jika tidak dijaga dengan baik.

Sesetengah orang mengalami sakit kepala dan migraine yang melampau. Selain itu, ada juga yang mengalami masalah pencernaan, tekanan darah meningatkan dan sakit belakang badan atau sendi.

  1. Tidak tidur lena

Gangguan tidur seperti insomnia, mimpi buruk dan sleep paralysis sering terjadi apabila anda mempunyai tekanan traumatik.

Sebenarnya kepentingan tidur secukupnya amat penting kerana memberi kesan yang baik kepada badan anda.

Manakala kekurangan tidur pula boleh menganggu kualiti hidup dan fungsi harian seseorang. Ini merujuk kepada tanda-tanda yang seterusnya.

  1. Mudah berasa penat

Keletihan emosi dan fizikal disebabkan oleh tekanan yang mendalam merupakan perkara yang perlu ditekankan. Anda mungkin banyak menghabiskan tenaga dengan menzahirkan tekanan itu melalui tangisan.

Terdapat juga yang memendamkan semua emosi di dalam hati. Tabiat seperti ini sekaligus mampu memberi kesan terhadap tahap mental yang sudah kepenatan.

Tanda-tanda yang dinyatakan ini tidak boleh diambil ringan. Oleh itu, anda perlu ingat bahawa proses penyembuhan bukanlah sesuatu yang mudah tetapi ia mengikut kemampuan diri sendiri.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca