4 Tahun Bercinta, Lelaki Ini Tersedar Rupanya Kekasih Maya Dan Mak Cik Teman Wanita Orang Sama

Seorang lelaki di Hangzhou, China melalui pengalaman mengejutkan ramai apabila baru sahaja mengetahui bahawa beliau sudah tinggal serumah bersama ‘teman wanita’ selama tiga tahun dan bukan ibu saudara kekasih mayanya seperti yang didakwa.

Memetik laporan Mothership, semuanya bermula apabila Lu (bukan nama sebenar) mula mengenali wanita berkenaan iaitu Yang (bukan nama sebenar) menerusi platform penjualan barangan terpakai secara dalam talian pada September 2017.

Sumber: The Paper

Pada mulanya, Yang meminta bantuan Lu untuk membezakan produk asli dan palsu yang dijual dengan harga yang lebih murah di platform berkenaan ketika itu.

Hubungan mereka kemudiannya menjadi lebih akrab sehingga pada November 2017, Yang menyatakan hasratnya untuk lari dari rumah selepas keluarganya memaksa wanita itu untuk berkahwin bersama seorang lelaki yang tidak pernah beliau temui.

Demi cinta dan niat mahu membantu kekasihnya, Lu sanggup pergi ke tempat tinggal Yang iaitu di Fuyang. Perjalanan Lu memakan masa sehingga lima jam dengan jarak selama 400 kilometer melalui kereta.

Walaupun Lu menetap di Fuyang selama sebulan, beliau masih tidak dapat bertemu Yang. Lu sebaliknya dapat bertemu seorang wanita yang mendakwa dirinya mak cik kepada Yang bernama Xu.

Wajah sebenar Xu. Sumber: The Paper

Xu memaklumkan bahawa keluarga Yang sudah tidak lagi memaksa beliau untuk meneruskan perkahwinan selepas wanita itu membuat ugutan mahu lari dari rumah.

Lelaki yang berusia 28 tahun itu kemudiannya pulang ke rumah beliau untuk menyambut tahun baharu. Lu kembali ke Fuyang pada Mac 2018 untuk bertemu kekasih hatinya tetapi usaha itu sia-sia sahaja.

Yang sebaliknya memberitahu Lu bahawa mak ciknya iaitu Xu akan pergi ke Hangzhou untuk bertemu lelaki itu. Xu akan membantu keluarga Yang untuk lihat kesesuaian Lu sebagai pasangan hidup wanita itu.

Lu menganggap kedatangan Xu ke Hangzhou sebagai satu ujian untuk membuktikan perasaannya kepada Yang jadi beliau tidak mengesyaki apa-apa pada waktu itu.

Pada Jun 2018, Xu iaitu wanita berusia 46 tahun pergi ke Hangzhou untuk bertemu Lu. Lelaki berusia 28 tahun itu kemudiannya membenarkan wanita berkenaan untuk menetap di rumah sama dengan beliau.

Perniagaan barang terpakai Lu. Sumber: The Paper

Xu kemudiannya membantu Lu untuk membangunkan bisnes barangan terpakai beliau dan bertindak sebagai orang tengah antara lelaki itu dan Yang.

‘Percintaan’ Lu dan Yang berjalan seperti biasa secara maya sehingga lelaki itu sanggup memberikan wang kepada Yang setiap bulan selama tiga tahun untuk disimpan dalam tabung perkahwinan mereka nanti.

Sumber: The Paper

Muslihat yang dirangka sejak 2017 akhirnya terjawab pada 20 Ogos tahun ini selepas Xu meminta bantuan Lu untuk menggantikan protective cover telefon pintar beliau.

Telefon pintar Xu yang tidak dikunci pada waktu itu memudahkan Lu melihat secara diam mesej wanita berkenaan di aplikasi WeChat. Alangkah terkejut Lu apabila mendapat tahu Xu merupakan teman wanitanya selama ini!

Sumber: The Paper

Bukan sahaja Lu yang menjadi mangsa, wanita berusia 46 tahun itu didapati turut memperdaya beberapa lelaki lain. Wanita berusia 46 tahun itu akhirnya mengaku bahawa Yang merupakan watak yang beliau cipta dan turut mendedahkan sudah membelanjakan wang tabung perkahwinan yang dihantar Lu.

Xu masih berada di dalam tahanan pihak polis dan kes beliau masih lagi dalam siasatan sehingga kini. Apa yang lebih mengejutkan orang ramai adalah siasatan polis mendapati tidak ada lelaki yang dihubungi Xu di aplikasi WeChat sedar dengan penipuan yang beliau jalankan sebelum ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca