4 Singa Didapati Positif COVID-19

Empat ekor singa di Zoo Barcelona, Sepanyol didapati positif COVID-19 di mana tiga singa betina yang berusia 16 tahun diberi nama Zala, Nima dan Run Run, serta seekor singa jantan berusia empat tahun diberi nama Klumbe dilaporkan telah mempunyai gejala virus itu.

Menurut Portal ABC News, empat ekor haiwan tersebut telah menunjukkan gejala selesema ringan dan kelihatan sukar untuk bernafas. Malahan kakitangan perubatan di zoo berkenaan turut memberi ‘raja rimba’ tersebut ubat untuk merawat gejala COVID-19.

Sumber: Meet Barcelona

Ini juga merupakan kejadian kedua yang membabitkan haiwan yang dijangkiti virus COVID-19 yang mana kes pertama berlaku di Bronx, New York. Namun begitu, empat harimau dan tiga singa yang dijangkiti COVID-19 dalam kes pertama tersebut sudahpun sembuh.

Berikutan kes tersebut, pakar veterinar di Barcelona telah menghubungi rakan setugas mereka yang berada di New York untuk lebih memahami rawatan diperlukan haiwan yang dijangkiti virus tersebut.

Difahamkan empat singa di zoo itu telah menjalani ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) sama seperti yang dilakukan terhadap ujian saringan manusia. Manakala, dua kakitangan di zoo itu yang dipercayai pekerja kandang singa turut dilaporkan positif virus tersebut. Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan berhubung punca jangkitan bagi semua singa yang terbabit.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca