4 Sebab Kenapa Perlu Tutup Lampu Sewaktu Tidur

Tahukah anda bahawa tidur dengan lampu terpasang adalah sesuatu yang tidak bagus dan tidak digalakkan untuk kesihatan kita? Menurut beberapa kajian yang telah dijalankan, tidur dengan lampu terpasang memberikan risiko kepada seseorang itu untuk menghidapi penyakit berbahaya.

Menurut Islam, tidur juga adalah merupakan salah satu ibadah. Rasulullah S.A.W turut memberi contoh dan membimbing bagaimana umatnya perlu tidur seperti yang dinyatakan dalam hadis dibawah:

“Padamkan lampu pada waktu malam apablia kamu akan tidur, tutuplah pintu, tutuplah rapat bekas dan tutuplah makanan dan minuman.”

Hari ini kami kongsikan 4 sebab kenapa perlu menutup lampu sewaktu tidur malam.

1. Memperbaiki Sel Yang Rosak

Sel-sel yang rosak akibat daripada aktiviti yang dilakukan pada waktu siang, perlu diganti dan dibaiki sewaktu kita tidur pada waktu malam. Berdasarkan kajian, tubuh memerlukan suasana yang gelap untuk memperbaiki sel yang rosak. Oleh yang demikian, lampu perlu ditutup atau dipadamkan ketika tidur.

2. Mencegah Penyakit Kanser

Pakar biologi, Joan Robert mengatakan bahawa tubuh hanya akan menghasilkan hormon melatonin ketika tidak ada cahaya. Hormon ini adalah salah satu hormon pertahanan tubuh yang mampu memerangi dan mencegah pelbagai penyakit termasuk kanser. Jika lampu terpasang, walau sekecil atau sesuram mana sekalipun, pengeluaran hormon melatonin akan terhenti.

3. Meningkatkan Pengeluaran Hormon Melatonin

Selain dari itu, professor Russle Reiter dari Texas University, mengatakan bahawa jika sekiranya kita tidur dalam keadaan lampu terbuka biarpun hanya satu minit, otak akan segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan unsur melatonin akan berkurangan.

Hormon melatonin adalah unsur yang dihasilkan oleh kelenjar pineal di dalam otak dan pembentukannya dipengaruhi oleh suasana gelap. Tahap pengeluaran yang paling tinggi adalah diantara pukul 2 – 4 pagi dan yang paling rendah adalah waktu petang.

4. Merehatkan Otot

Selain daripada fungsi di atas, hormon melatonin yang dihasilkan sewaktu tidur di dalam keadaan lampu tertutup mampu merehatkan otot, meningkatkan pertahanan tubuh serta membantu untuk meningkatkan mood serta menghilangkan ketegangan.

Sebab itu tidak hairanlah kalau mood kita kurang baik kalau tidak cukup tidur. Bahkan badan kita mungkin akan merasa lemah atau letih. Ini adalah kerana hormon melatonin tidak dapat berfungsi dengan baik.

Jika anda seorang yang terbiasa tidur dalam keadaan terang, namun, kini anda perlu biasakan diri dengan tidur dalam keadaan gelap. Hal ini dapat membantu anda menghindari penyakit kanser.

Sumber: Mingguan Wanita

Artikel Lain Untuk Di Baca