4 Rekaan Baju Raya Ini Pasti Buat Anda Teruja Di Aidilfitri

Untuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi, pastinya orang ramai sedang tercari-cari baju untuk dipakai pada hari lebaran. Pelbagai fesyen yang ditampilkan oleh busana-busana butik khas buat mereka yang mahu kelihatan bergaya pada hari raya.

Bagi lelaki, mereka pasti akan membeli sekurang-kurangnya sepasang baju melayu untuk tampil segak di pagi raya. Tetapi buat wanita pula, sepasang baju kurung adalah tidak mencukupi. Apabila terlalu banyak pilihan yang dihidangkan di hadapan mata, wanita sering menjadi rambang mata serta membeli pakaian hari raya lebih daripada sepasang.

Berikut kami senaraikan rekaan terbaru keluaran Aidilfitri untuk tahun 2020 pilihan dari POPLOOK:

POPLOOK adalah sebuah destinasi membeli-belah yang sangat termuka di Malaysia. Jika anda bertanya kepada kaum hawa, mereka pasti mengenali jenama butik pakaian ini. Setiap rekaan diilham untuk menyerlahkan lagi ciri-ciri feminin si pemakainya.

POPLOOK The Molek Collection 2020 menggunakan material yang sangat anggun dan mewah seperti renda, chiffon, cotton dan jahitan manik. Buat mereka yang ingin tampil ringkas di hari raya, rekaan seperti ini amat sesuai. Simple but nice.

Bagi mereka yang sukakan corak baju yang kosong, rekaan ini pasti akan menambat hati anda. Kalau pakai di pagi raya, memang confirm ramai yang akan memuji kecantikan anda.

POPLOOK juga mengeluarkan rekaan sama bagi wanita yang memiliki anak dan ingin tampil sedondon di pagi raya. Ini akan menyerlahkan lagi aura di ibu dan anak.

Jangan risau tentang saiz baju-baju POPLOOK The Molek Collection Raya 2020 ini sebab ia bermula daripada XS sehinggalah 4XL. Pasti akan ada saiz anda. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan koleksi Aidilfitri dari POPLOOK. Untuk lihat rekaan-rekaan yang lain, anda boleh klik di sini.

Artikel Lain Untuk Di Baca