4 Rahsia Di Sebalik Konsumsi Air Mineral

Setiap anggota dalam tubuh badan manusia memerlukan bekalan tenaga yang mencukupi misalnya air mineral yang boleh meningkatkan prestasi fizikal. Air merupakan satu keperluan buat manusia untuk berfungsi mengawal suhu badan, pembawakan nutrien dan oksigen serta bertujuan menyahkan bahan buangan.

Tahukah anda air turut membantu menyahkan toksik daripada buah pinggang dan hati, melarutkan vitamin dan mineral serta menghalang badan daripada sebarang kecederaan? Malahan air mineral dikatakan mampu menurunkan berat badan seseorang kerana ia meningkatkan rasa kenyang dan meningkatkan kadar metabolik pada badan.

Ini merupakan empat fakta menarik buat anda yang konsumsi air mineral setiap hari:

1. Mampu melancarkan sistem pencernaan

Sumber: webmd

Minum air dengan kuantiti 8 gelas setiap hari dapat melancarkan sistem pencernaan anda dengan sempurna. Air juga dapat menghindarkan diri dari sebarang penyakit sembelit selain menjadi pembakar kalori yang efisien.

2. Menyihatkan jantung

Sumber: heart.org

Air mineral juga dikatakan bersih malah boleh menyembuhkan pelbagai penyakit misalnya penyakit jantung. Pada ketika ini juga sudah banyak perubatan altenatif memilih untuk memanfaatkan penggunaan air mineral dalam rawatan mereka.

3. Anggota tubuh badan lebih segar , menarik dan sihat

Sumber: share.upmc

Khasiat dari air kosong tidak hanya sekadar untuk membersihkan tubuh sahaja malahan juga berfungsi sebagai zat yang diperlukan. Jikalau terjadinya perkara seperti ketiadaan sumber makanan, manusia masih mampu bertahan namun sebaliknya bagi ketiadaan sumber air. Hal ini kerana sumber air sangat penting dan memainkan peranan besar di dalam komposisi tubuh seseorang manusia.

4. Perawatan untuk kulit yang cantik

Sumber: waterpuresystems

Pengurangan pengambilan air akan menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kelihatan kusam, kering, berkerut dan tidak bermaya. Berbeza dengan kulit yang mengandungi kandungan air yang mencukupi akan tampak lebih segar dan kelihatan kulit lebih muda.

Cara paling efektif ketika minum air adalah sebaiknya setengah jam sebelum mengambil makanan berat kerana secara tidak lansung akan membantu mengurangkan kadar makanan anda. Semoga perkongsiaan ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua pembaca.

Penulis:

  • Akmal bin Abdull Mud Talib adalah pelajar dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Prof. Madya Dr. Mohd Syuhaidi bin Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca