4 Perniagaan Yang Menguntungkan Dan Tidak Masuk Akal

Ramai masyarakat di Malaysia pada hari ini yang ingin mencuba nasib dalam bidang perniagaan. Perkara ini tidak boleh dinafikan kerana pada zaman moden ini, banyak perniagaan yang dijalankan secara dalam talian seiring dengan kemajuan teknologi di negara kita.

Ramai yang telah berjaya namun ramai juga yang telah tersungkur dalam perjalanan perniagaan mereka. Persoalannya, adakah bisnes yang dijalankan oleh mereka tidak sesuai dengan permintaan masyarakat di Malaysia? Anda mungkin berfikiran begitu tetapi tidak bagi peniaga di luar negara.

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa perniagaan di luar negara yang tidak masuk akal namun mampu mengaut keuntungan yang sangat lumayan. Kali ini kami kongsikan 4 jenis perniagaan yang tidak masuk akal namun memberi keuntungan yang sangat besar kepada beberapa individu ini:

1. Alex Craig – Potato Parcel

Alex Craig merupakan seorang pemuda berasal dari Amerika Syarikat yang menjalankan perniagaan ubi mentah yang disertakan dengan pesanan ringkas. Beliau mampu mendapat kira-kira $10 ribu (RM48,498) sebulan dengan menjual ubi mentah yang disertakan dengan pesanan.

Ubi mentah yang bertindak seakan-akan surat kiriman ini dinamakan sebagai ‘Potato Parcel’. Pada mulanya, Craig diketawakan oleh kekasih beliau sendiri. Pada masa ini Craig telah pun mengirimkan kentang ke seluruh bahagian negara di Amerika Syarikat. Craig telah berjaya menjual lebih daripada 2000 biji kentang.

2. Moses Lam dan Troy Paquette – Vitality Air

Dua individu ini telah mengusahakan perniagaan menjual udara segar di dalam botol. Udara segar ini diambil dari sebuah kawasan pergunungan di Kanada.

Harga udara segar di dalam sebuah botol yang berjisim 8 liter ini berharga $32 (RM129). Sebelum ini, udara segar dari Kanada hanya dijual di pasaran negara Cina sahaja namun kini ia telah masuk ke pasaran negara India.

3. Gary Ross Dahl – Pet Rock

Gary yang merupakan penduduk asal California menjalankan perniagaan Pet Rock iaitu perniagaan batu sebagai haiwan peliharaan. Perniagaan tidak masuk akal ini bermula pada tahun 1970.

Pet Rock merupakan batu biasa yang dilengkapi sarang dan kotak. Tidak disangkakan perniagaan ini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat ketika itu. Gary telah berjaya menjual 1.5 juta biji batu dengan harga setiap $4 (RM16) setiap satu dalam tempoh beberapa bulan.

4. Daronte Wilson – Bananas Gone Wild

Wilson yang berasal dari Texas ini terkenal dengan perniagaan lukisan pada pisang. Wilson berjaya menjual satu biji pisang dengan harga $10 (RM40).

Pada mulanya, melukis pada pisang hanyalah suatu hobi yang dilakukan ketika dia berada di hospital. Pada saat ini, Wilson menerima tempahan kira-kira 75 biji pisang setiap hari.

Penulis

  • Muhammad Aizam Bin Azmi adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca