4 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Sambutan Tahun Baru Cina

Apa itu Tahun Baru Cina?

Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kelendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kelendar iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantang, anjing dan khinzir. Menurut mereka setiap binatang ini akan memberi signifikan dan mempunyai tuah yang tersendiri.

Tahun ini adalah tahun khinzir, haiwan ke-12 dalam kitaran kelendar mereka.

Pada malam Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk jamuan makan besar bagi mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

Ahli-ahli keluarga yang telah berkahwin akan memberi ‘ang pau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum berkahwin. Tradisi ini membawa maksud kesejahteraan yang berpanjangan.

Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut.

Apa makna tahun khinzir?

Tahun khinzir merupakan binatang yang terakhir dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Dalam budaya Cina, khinzir dikaitkan dengan kesuburan dan kejantanan. Melahirkan anak pada tahun khinzir dianggap sangat bertuah kerana anak-anak itu akan menjadi periang dan jujur.

Sesiapa yang lahir pada tahun ini juga dipercayai seseoarang itu mempunyai pendirian yang bebas dalam membuat keputusan dan tabah menghadapi cabaran hidup.

Sambutan

Menurut Wikipedia, Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disambut oleh bangsa-bangsa yang mempunyai pengaruh kuat dengan budaya Cina seperti Korea, Tibet dan Bhutan, Mongolia, Vietnam, dan Jepun hingga tahun 1873.

Pantang larang ketika menyambut Tahun Baru Cina

Masyarakat Cina percaya terdapat beberapa patang larang yang perlu diamalkan ketika menyambut Tahun Baru Cina, antaranya adalah:

1. Bubur tidak boleh dimakan ketika menyambut Tahun Baru Cina kerana ia dianggap bahawa hanya orang miskin mampu makan bubur untuk sarapan. Penganut Buddha tidak mahu memulakan tahun baru dengan makanan yang ‘miskin’ kerana ia dianggap sebagai satu petanda yang tidak baik.

2. Mengambil ubat pada hari pertama tahun lunar bermakna mereka akan mengalami kemudaratan kesakitan bagi tahun itu.

3. Rambut tidak boleh dicuci pada hari pertama tahun lunar. Dalam bahasa Cina, rambut mempunyai sebutan yang sama dan watak sebagai ‘fa fa cai’ yang bermaksud ‘untuk menjadi kaya’. Oleh itu, ia dilihat sebagai satu perkara yang tidak baik sekiranya ‘mencuci nasib seseorang’ pada awal tahun baru.

4. Tidak boleh menyapu rumah kerana ia membawa maksud anda menyapu keluar kekayaan yang berada di dalam rumah.

5. Masyarakat yang menyambut Tahun Baru Cina tidak dibenarkan untuk mencuci pakaian pada hari pertama dan kedua kerana kedua-dua dirayakan sebagai hari lahir Shuishen (Tuhan Air)

Kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya.

Sumber: Wikipedia dan Astro Awani

Artikel Lain Untuk Di Baca