Kerajaan China telah mencipta pelbagai profesion pelik dan mencari mereka yang layak untuk mengisi jawatan itu. Jadi, kami kongsikan 4 pekerjaan paling pelik yang ditawarkan oleh kerajaan China.
1. Petani Permainan Video
Di Amerika Syarikat, kerja-kerja yang diberikan kepada banduan adalah terhad seperti penghasilan plat kenderaan atau buku braille untuk orang buta. Namun, pusat tahanan di China memberikan pekerjaan yang sangat berbeza kepada banduan mereka iaitu bermain permainan video.
Ia bukanlah permainan video yang menyeronokkan seperti anda sangka. Dianggarkan lebih daripada 100,000 orang ‘petani permainan video’ berada di seluruh penjara China.
Mereka perlu bermain permainan video seperti World of Warcraft selama 12 jam sehari bagi mencari atau “farming” wang emas sebanyak yang boleh. Mereka perlu melakukan banyak tugasan dalam permainan video untuk mendapatkan wang daripada alam maya tersebut.
Kredit atau wang alam maya itu kemudian diserahkan kepada pengawal penjara untuk dijual kepada pemain permainan video lain di luar dengan bayaran wang tunai yang sebenar.
Ada sesetengah banduan dibayar oleh pihak penjara untuk pertanian permainan video mereka. Bagi kebanyakan banduan yang lain, mereka tidak dibayar langsung oleh pihak penjara. Sekiranya banduan tidak memenuhi kuota yang ditetapkan, mereka boleh dikenakan hukuman.
2. Penunjuk Perasaan Upahan
Kerajaan China dikatakan telah mengupah sekumpulan penunjuk perasaan berbayar tidak lama dahulu. Ia berlaku apabila lebih daripada 100,000 warga China telah memenuhi jalan-jalan di Hong Kong bagi menuntut demokrasi.
Bantahan orang ramai itu dicetuskan oleh komen yang diberikan oleh Laura Cha yang merupakan ahli Majlis Eksekutif Hong Kong. Cha berkata “hamba abdi di Amerika merdeka pada tahun 1861 tetapi tidak mendapat hak mengundi sehingga 107 tahun kemudian. Jadi, mengapa Hong Kong tidak boleh menunggu seketika?”
Setelah perhimpunan orang ramai itu menarik perhatian media di seluruh dunia, kerajaan China melakukan apa sahaja yang mereka mampu untuk melawan mogok itu.
Menurut BBC yang berjaya menemuramah salah seorang penunjuk perasaan upahan itu, mereka telah dibayar sekitar RM 400 untuk menyokong kerajaan dan menjadi anti-mogok bagi melawan bantahan sebenar yang diadakan oleh orang ramai itu.
3. Panda Profesional
Jika anda pernah melihat panda di mana-mana zoo selain China, ini bermakna panda itu dibayar untuk berada di sana. Dalam erti kata lain, panda-panda ini adalah ‘pekerja’ kepada kerajaan China.
Ini kerana China mempunyai monopoli terhadap panda gergasi. Setiap ekor panda gergasi dimiliki oleh kerajaan China dan hanya disewakan kepada zoo-zoo di seluruh dunia.
Kerajaan China mengenakan caj sebanyak USD 1 juta (RM4.14 juta) setahun bagi seekor panda gergasi yang disewakan. Sewa biasanya berlangsung selama 10 tahun dan sering diperbaharui selepas ia tamat tempoh.
Sekiranya mana-mana panda yang disewakan itu mati dalam jagaan zoo kerana kesilapan manusia, denda tambahan sebanyak RM 2.06 juta akan dikenakan. Wang yang diperolehi daripada panda yang disewa keluar ini dikatakan akan disalurkan kepada usaha pemuliharaan panda di China.
4. Tentera 50 Sen
China telah mengambil seramai 300,000 pengulas internet berbayar untuk menyiarkan komen yang menyebelahi kerajaan mereka. Kumpulan ini digelar sebagai tentera 50 sen kerana mereka dibayar sebanyak 50 sen bagi setiap komen yang dimuat naik.
Kumpulan ini dibayar bagi mengganggu apa-apa komen atau artikel yang mengkritik kerajaan China. Mereka lakukan dengan membanjiri ruangan komen dengan pelbagai komen yang telah dirancang pada buku panduan mereka.
Salah seorang tentera 50 sen memberitahu bahawa dia akan menerima e-mel daripada “pejabat” tempatannya, mengandungi arahan mengenai berita atau artikel apa yang perlu diulasnya pada hari itu.
Jadi apa pendapat anda tentang senarai pekerjaan di atas?