Setiap wanita mempunyai kecantikan yang tersendiri dan ia mempunyai definisi serta pengertian yang berbeza bergantung pada adat, budaya dan kepercayaan sesuatu suku kaum diseluruh pelusuk dunia.
Kami kongsikan kecantikan yang dipengaruhi oleh budaya di sesebuah negara.
1. Berat Badan Berlebihan
Gadis di Mauritania dikatakan tidak mempunyai peluang untuk memikat lelaki sekiranya mereka tidak mempunyai lipatan lemak di perut mereka.
Untuk memastikan anak gadis mendapatkan bentuk badan yang diinginkan, ibu bapa akan menghantar anak mereka ke “ladang” khas di mana mereka boleh makan sehingga 16,000 kalori sehari ( purata normal adalah 1500). Malangnya, ramai anak perempuan akan menghidap penyakit perut akibat tradisi ini.
2. Leher Panjang
Salah satu kawasan di timur Burma telah dipanggil sebagai “the country of giraffe women.” Panggilan ini merujuk kepada wanita Kayan yang tinggal di sana, Wanita Kayan akan memakai rantai tembaga di leher untuk memajangkan leher mereka.
Wanita itu akan tampak lebih cantik jika leher mereka semakin panjang. Menurut lagenda, cincin tembaga ini dikatakan dapat melindungi wanita Kayan daripada harimau namun pada hakikatnya ia cuma simbol identiti puak mereka.
3. Bibir Piring
Bagi suku Mursi di Ethiopia, kanak-kanak perempuan akan belajar untuk merengangkan bibir mereka dengan menggunakan cakera khas. Lebih besar cakera tersebut, lebih tinggi status sosial yang dimiliki gadis tersebut dan lebih tinggi bayaran mahar yang perlu dibayar pihak lelaki sebelum berkahwin.
Ada dua sebab kenapa tradisi ini diamalkan oleh puak ini. Pertama, puak Mursi percaya bahawa roh jahat dapat masuk ke dalam badan seseorang melalui mulut dan oleh itu, cakera khas ini digunakan untuk menghalang roh jahat tersebut. Sebab yang lain adalah kerana untuk menghalang wanita Mursi diambil sebagai hamba.
4. Parut
Penduduk di Ne Guinea dan beberapa negara lain di Afrika masih lagi menghias tubuh mereka dengan parut bercorak. Parut ini selalunya diberikan kepada lelaki semasa upacara inisiasi, manakala corak parut ini dianggap sebagai simbol kecantikan.
5. Kulit Putih Dan Pucat
Kebanyakan negara di Asia terutama Thailand dan China menganggap kulit pucat itu adalah satu simbol kecantikan. Jika anda membeli krim di negara ini, anda tidak mungkin akan menjumpai krim yang tidak mengandungi bahan pelunturan (bleaching).
Pemakaian topeng adalah amat penting bagi wanita Cina sekiranya mereka berkunjung ke pantai. Ini adalah untuk melindungi kulit mereka daripada sinaran matahari.
Mungkin ada yang kita rasakan pelik, namun bagi mereka itulah lambang kecantikan yang sebenar. Semua manusia di dunia ini cantik dan unik.