4 Makanan Yang Mampu Mengurangkan Ketagihan Merokok, No. 2 Paling Sedap Dan Mudah

Tidak perlu dipertikaikan lagi, merokok terbukti mendatangkan kemudaratan kepada semua perokok dengan menyebabkan beberapa penyakit berbahaya seperti penyakit paru obstruktif kronik, kanser paru-paru, serangan jantung, serta pelbagai jenis penyakit yang lain.

Berdasarkan data terbaru, seramai 4.7 juta perokok di Malaysia berusia 15 tahun ke atas. Kementerian Kesihatan Malaysia memandang serius perkara ini dan berusaha menangani gejala tabiat merokok dalam kalangan rakyat negara ini dengan menaikkan had umur beli, jual rokok kepada 21 tahun.

Tidak hanya itu, KKM turut memperkenalkan larangan merokok di restoran, premis makanan mulai 1 Januari 2019 baru-baru ini. Tetapi, bagi penagih rokok ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk berhenti merokok. Oleh itu, kami sediakan beberapa senarai makanan yang mungkin dapat membantu anda untuk mengurangkan tabiat merokok.

Antaranya adalah:

1. Elak Makanan Mengandungi Alkali

Contoh makanan yang tinggi dalam alkali termasuk bayam, alpukat, timun, lada, dan brokoli. Menurut pakar pulmonary, David Daughtan dari Nebraska Medical University, makanan ini dapat menahan nikotin agar tetap di dalam darah. Ini boleh membuat seseorang mengekalkan tahap ketagihannya. Oleh itu, anda akan terhindar menjadi perokok aktif.

2. Mengunyah Chewing Gum

Anda boleh menjaga mulut anda dengan sibuk mengunyah chewing gum. Untuk menjadi lebih sihat, pilihlah chewing gum jenis tanpa gula. Lebih baik lagi, anda juga boleh mengurangkan penggunaan kafein, alkohol, dan sebagainya. Kerana ramai orang sangat suka meminum minuman ini bersama-sama dengan tabiat merokok.

3. Oat

Jika anda nak sesuatu yang lebih mengenyangkan dan masih berazam untuk berhenti merokok atau mengurangkan kekerapan anda merokok, oat merupakan pilihan terbaik untuk anda. Hal ini kerana, satu kajian di Jepun membuktikan bahawa perokok dapat mengurangkan tabiat merokok sebanyak 50%.

Untuk hasil yang optimum, anda boleh campurkan ground oat dengan dua mangkuk air rebus. Biarkan semalaman, kemudian makan beberapa jam selepas makan.

4. Susu dan Yogurt

Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Dukes, menyatakan susu boleh membuat seseorang tidak dapat menikmati rokok dengan baik. Kebanyakan mereka mengadu bahawa rasa menjadi pahit. Ini juga berlaku untuk produk tenusu lain seperti keju dan yogurt.

Selain itu, yogurt merupakan makanan yang sihat dan rendah kalori. Namun begitu, jangan makan yogurt kosong. Tambahkan dengan buah-buahan dan kekacang untuk membuatkan anda lebih kenyang dan dapat bertahan lama. Hal ini kerana, apabila anda berhenti merokok, anda akan cepat berasa lapar.

Memang tidak dapat dinafikan, ia sangat sukar untuk buang tabiat yang sudah sebati dengan diri anda. Tetapi, apabila difikirkan balik, berhenti atau mengurangkan kekerapan anda merokok merupakan sesuatu yang baik, bukan sahaja untuk diri anda bahkan untuk orang di sekeliling anda juga.

Sumber: Butterkicap

Artikel Lain Untuk Di Baca