4 Makanan Ini Boleh Buat Kulit Anda Cepat Berkedut

Apabila usia semakin meningkat, organ kita termasuk kulit akan mengalami proses penuaan dan ia adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun, ada faktor lain yang membuatkan proses penuaan kulit lebih cepat berbanding usia sebenar seseorang iaitu pemakanan.

Kami akan kongsikan empat jenis makanan yang dapat membuatkan kulit kita lebih cepat tua menerusi artikel ini:

1. Kentang goreng

Untuk penggemar makanan segera, kentang goreng ataupun lebih dikenali sebagai French fries ini menjadi salah satu makanan wajib kerana teksturnya yang rangup dan rasa masinnya membuatkan ramai orang ketagih.

Walau bagaimanapun, ramai orang tidak sedar bahawa makanan yang digoreng menggunakan minyak bersuhu tinggi ini akan melepaskan radikal bebas. Radikal bebas ini akan menyebabkan kerosakan sel kulit.

Ini kerana radikal bebas boleh mempercepatkan proses penuaan dengan mempengaruhi molekul DNA dan melemahkan keanjalan kulit. Tidak berhenti di situ, garam boleh menghilangkan kelembapan pada kulit dan ia sekali gus membuatkan organ terbesar kita mengalami dehidrasi.

2. Gula

Gula adalah salah satu makanan yang boleh menyebabkan masalah kulit seperti jerawat. ia turut menyumbang kepada kerosakan kolagen. Kolagen ini penting untuk memastikan kulit kekal sihat dan anjal.

3. Marjerin

Pengambilan marjerin secara berlebihan adalah tidak sihat berbanding mentega menurut kajian. Hal ini demikian kerana kandungan minyak dalam marjerin adalah tinggi. Selain itu, asid lemak dalam marjerin ini juga membuatkan ia mudah merosakkan kolagen pada kulit.

4. Daging proses

Daging proses seperti pepperoni dan sosej berbahaya untuk kulit manusia kerana ia mempunyai kandungan natrium, sulfur dan lemak yang tinggi dalam makanan berkenaan.

Gabungan natrium, sulfur dan lemak boleh melemahkan kolagen pada kulit dan membuatkan ia mudah kering pada masa yang sama.

Pada pendapat anda, makanan manakah yang paling akan buat kulit muka berkedut?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca