Semua makanan yang anda makan sememangnya memberi impak yang besar kepada otak anda. Otak memerlukan nutrien-nutrien tertentu untuk kekal sihat. Kami akan kongsi 4 makanan yang baik untuk kesihatan otak anda.

1. Buah-buahan beri

Sumber: merdeka.com

Buah-buahan beri kaya dengan bahan antioksidan di mana ia dapat melindungi otak dan meningkatkan daya ingatan anda. Selain itu, ia juga dapat membantu dalam mencegah beberapa penyakit seperti Alzheimer dan Parkinson. Fakta menarik untuk anda bahawa semakin gelap warnanya, semakin tinggi kandungan antioksidannya. Contoh buah beri adalah strawberi, blueberi dan ceri.

2. Ikan salmon

Sumber: asset.kompas.com

Asid lemak omega 3 adalah sangat penting untuk kesihatan otak anda dan ia boleh didapati di dalam ikan salmon. Otak manusia memerlukan beberapa jenis asid lemak omega 3 yang tertentu seperti asid docosahexaenoic (DHA) dan asid eicosapentaenoic (EPA). Mengikut kajian yang terbaharu, kekurangan omega 3 akan menyebabkan ketidakseimbangan emosi dan masalah mood kepada diri anda.

3. Coklat gelap

Sumber: medicalxpress.com

Coklat gelap ini dapat meningkatkan mood dan melancarkan pengaliran darah ke otak anda. Semakin gelap warnanya, semakin ia bagus untuk anda makan. Menurut kajian, coklat gelap mampu melambatkan pengeluaran kortisol iaitu hormon stres. Otak anda akan melepaskan endorfin dan meningkatkan tahap seretonin di mana ia menghasilkan mood yang positif dan boleh bertahan selama beberapa jam.

4. Bayam

Sumber: organicfacts.net

Sayur bayam bagus untuk meningkatkan fungsi otak kerana ia mengandungi kandungan asid folat yang tinggi dan vitamin K. Sebenarnya asid folat adalah vitamin B yang mampu melindungi saraf otak anda daripada rosak di mana ia melancarkan penghantaran maklumat ke otak anda. Manakala vitamin K dapat meningkatkan daya ingatan dan aktiviti otak serta mencegah daripada penyakit Alzheimer.

Semoga informasi yang dikongsikan ini bermanfaat untuk anda semua.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda