4 Lokasi Paling Seram Di Malaysia Yang Ramai Tidak Berani Kunjungi

Siapa antara anda yang merupakan penggemar kisah mistik? Kami akan kongsikan empat lokasi berhantu di Malaysia yang ramai orang tidak berani kunjungi menerusi artikel ini:

1. Highland Towers

Terletak di Taman Hillview dekat Ulu Klang, bangunan kondominium ini runtuh pada 11 Disember 1993 dan tragedi itu telah meragut 48 nyawa dalam masa tidak sampai lima minit.

Salah satu kisah seram melibatkan pangsapuri ini adalah seorang pemandu teksi pernah membawa penumpang ke sini. Namun, apa yang lebih menyeramkan ialah penumpang itu sebenarnya mahu ke sana untuk mengambil kaki dan tangannya yang tertinggal!

2. Tambun Inn

Sumber: Rileklah

Bukan sahaja penginap Tambun Inn sering diganggu, sesiapa sahaja yang melintasi kawasan hotel ini juga akan rasa pelik dan mengalami kejadian misteri.

Sekiranya anda mahu tahu, kenderaan yang melalui kawasan hotel di Ipoh, Perak ini akan terasa berat secara tiba-tiba.  Penginap di sini pula pernah dengar tangisan, bisikan dan jeritan seseorang yang tidak dikenali.

Selain itu, penginap hotel ini juga pernah berada dalam situasi di mana suis lampu dihidupkan dan dimatikan secara tiba-tiba. Namun, apa yang paling tidak dapat dilupakan ialah kisah di mana seorang penginap tidur di bilik lain tetapi bangun di tempat berbeza.

3. Penjara Pudu

Ramai orang pernah terdengar bunyi jeritan dari bilik pelaksanaan hukuman gantung walaupun tiada sesiapa dekat sana. Untuk pengetahuan anda, Penjara Pudu pernah menjadi kem tahanan perang pihak Jepun ketika era kolonial British.

Sekiranya anda masih ingat, Botak Chin ialah salah seorang tahanan di sini sebelum beliau dihukum gantung pada 1981. Pada tahun 2009, Penjara Pudu ini dirobohkan kerana pihak terlibat ingin membangunkan sebuah pusat komersial di sini.

4. Lebuhraya Karak

Lebuh raya ini memang agak terkenal dengan kisah seram melibatkan sebuah Volkswagen kuning. Boleh dikatakan kemalangan di sepanjang jalan itu akan berlaku setiap kali kereta tersebut muncul.

Pada tahun 1990, sebuah lori, bas dan 10 buah kereta telah terlibat dalam kemalangan dan ia meragut ramai nyawa. Disebabkan banyak kemalangan telah berlaku dekat sini, ramai orang lebih memilih untuk menggunakan lebuh raya baharu.

Berikut merupakan empat lokasi yang paling menakutkan di Malaysia. Terdapat banyak lagi kisah misteri anda perlu tahu supaya tidak tersilap langkah apabila berada di tempat-tempat tersebut.

Penulis:

  • Muhammad Khair Azri Mohd Faizal adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan lokasi seram, anda boleh klik pada pautan di bawah:

 

Artikel Lain Untuk Di Baca