4 Kursus Pengajian Paling Pelik Di Universiti, Subjek ‘Lady Gaga’ Juga Tersenarai

Setiap universiti memiliki pelbagai jenis pengajian yang ditawarkan kepada para pelajar mengikut kesesuaian minat dan bakat mereka. Pengajian yang dipilih akan menjadi penentu masa depan pelajar.

Malah, pernahkah anda tahu tentang kewujudan pengajian yang lain seperti pengajian Youtube, Lady Gaga dan sebagainya. Di sini kami ingin kongsikan beberapa pengajian pelik yang ada di Universiti ini:

1. Pengajian YouTube di Pitzer College

Sumber dari gaar

Sekiranya anda mempunyai kriteria seperti gemar menghasilkan video atau memuat naik video ke Youtube, mungkin anda boleh mencuba untuk memohon dan menghadiri kuliah di Pitzer College yang terletak di California. Universiti ini juga dikatakan mempunyai subjek pengajian khusus kepada dunia media digital.

Profesor Alexandra Juhasz iaitu salah seorang profesor yang berkhidmat di universiti ini mengatakan bahawa setiap tugasan dan perbincangan untuk pengajian ini perlu dilakukan melalui media YouTube. Justeru, mahasiswa akan belajar banyak perkara tentang YouTube dan media sosial.

2. Pengajian Zombie di Columbia College

Sumber dari Facebook

Subjek ini memfokuskan kepada zombie seperti mana yang kita lihat di dalam filem. Pelajar akan didedahkan tentang sejarah zombie di dalam filem dan mereka perlu belajar bagaimana zombie tersebut berinteraksi sesama mereka. Selain itu, mereka perlu menganalisis sebab utama mengapa zombi menyerang manusia.

3. Pengajian Harry Potter di Frostburg State University

Sumber dari PolyCentric

Sudah tentu di antara kita ada yang meminati filem Harry Potter dan ingin mempelajari kuasa magis itu. Kini, universiti Frostburg State di Maryland mempunyai pengajian yang mengkhususkan untuk mempelajari kuasa-kuasa sihir seperti yang terdapat dalam filem Harry Potter.

Mahasiswa akan diajar dengan ilmu menganalisis kuasa magis dan mempraktikkannya menggunakan ilmu pengetahuan seperti bidang fizik, biologi dan kimia untuk menghasilkannya. Malah pengajar di sana juga diggalakkan untuk berketerampilan seperti di dalam filem tersebut di mana watak Dumbledore yang merupakan pengetua sekolah Hogwarts itu.

4. Pengajian Lady Gaga

Sumber dari The Harvard Crimson

Ini mungkin yang paling aneh sekali kerana seorang selebriti dijadikan sebagai subjek mata pelajaran. Jurusan ini hanya terdapat di University Of South Carolina yang terletak di Columbia. Ia juga telah diberi nama iaitu Lady Gaga and The Sociology of Fame.

Profesor Michael Deflem yang merupakan pengasas jurusan ini memberitahu bahawa dia ialah salah seorang peminat Lady Gaga. Dia juga sudah mengikuti 38 Konsert Lady Gaga di seluruh dunia serta mempunyai lebih 300 keping CD Lady Gaga.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca