4 Khasiat Kopi Yang Menakjubkan, No. 4 Paling Best

Minum kopi bukan sekadar minuman yang mampu menghilangkan dahaga semata-mata. Ia sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup kerana bermula dengan kedai warung sehinggalah cafe mewah, hidangan kopi tetap akan tersedia untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Tetapi, ramai orang yang menganggap kopi adalah minuman yang berkafein dan ia mampu menjejaskan kesihatan anda. Sebenarnya, kopi juga mempunyai khasiat yang tertentu sekiranya anda tidak mengambil secara berlebihan. Berikut merupakan khasiat kopi yang ramai orang tidak tahu:

1. Melindungi Hati

Hati adalah organ luar biasa yang menjalankan beratus-ratus fungsi penting dalam badan. Ada beberapa penyakit yang mampu memberi kesan kepada hati iaitu hepatitis, penyakit hati berlemak dan lain-lain. Kebanyakan penyakit tersebut mampu membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai sirosis.

Sirosis pula adalah proses pemparutan pada tahap yang kuat dihati berpunca daripada pelbagai sebab. Tetapi, satu kajian telah mendapati orang yang minum kopi setiap hari mempunyai risiko 80% lebih rendah menghidap penyakit ini.

2. Elak Kemurungan

Kemurungan adalah masalah kesihatan mental yang biasa dialami oleh masyarakat. Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu menjadi murung. Ia kerana disebabkan masalah kewangan, kemerosotan kesihatan fizikal atau masalah sosial. Minum kopi pada setiap hari akan mempunyai risiko 20% lebih rendah untuk mengalami kemurungan.

3. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Selain itu, kopi juga dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Hal ini dibuktikan melalui satu kajian terhadap seorang wanita yang minum kopi dan hasilnya menunjukkan risiko penyakit jantung berkurang.

4. Panjang Umur

Memandangkan peminum kopi kurang risiko untuk mendapat banyak penyakit, jadi agak masuk akal bahawa kopi boleh membantu anda untuk panjang umur. Beberapa kajian yang telah dibuat, peminum kopi mempunyai risiko kematian yang 20% lebih rendah.

Banyak khasiat yang terdapat pada minuman kopi. Tetapi, anda juga dinasihatkan untuk mengawal kandungan susu pada minuman kopi kerana dikhuatiri jika anda kerap meminum kopi susu yang manis, penyakit diabetis tidak dapat dielakkan.

Sumber: Resipi

Artikel Lain Untuk Di Baca