4 Ketua Gengster Terkaya Di Dunia

Pergaduhan, pistol dan dadah sering dikaitkan dengan gengster seperti yang kita lihat dalam filem atau rancangan TV. Antara filem yang penulis pernah tonton dan tidak dapat lupa jalan ceritanya tetapi lupa tajuknya apa adalah cerita tentang seorang lelaki yang terlibat dengan perniagaan senjata api secara haram di Afrika. Lelaki itu buat duit dengan cara begitu tetapi hidupnya tidak pernah aman dan nyawanya sentiasa berada di muncung pistol atau senapang.

Itu dunia gengster dalam filem dan di bawah ini kami senaraikan ketua gengster yang real punya dan terkaya di dunia bermula dengan nombor 4:

4. Griselda Blanco

Walaupun wajahnya lembut dan nampak keibuan, dia adalah wanita yang anda tidak patut cari fasal kerana Blanco yang turut dikenali sebagai Cocaine Godmother atau Black Widow ini merupakan ketua kartel dadah dari Colombia pada tahun 1970-an hingga 1980-an. Dia juga dilaporkan terlibat dalam 200 kes pembunuhan semasa menjalani bisnes eksport kokain dari Colombia ke Miami dan New York.

Menurut portal Luxefeed, pendapatannya dipercayai sebanyak $2 billion. Ramai puak gengster lain tidak berpuas hati dengan kejayaannya dalam karier jadi terdapat pelbagai cubaan untuk membunuhnya. Akhirnya dia ditembak dua kali di kepala oleh pembunuh upahan.

3. Joaquin “El Chapo” Guzman Loera

Lelaki ini merupakan antara gengster yang paling brutal, berkuasa di Mexico dan dia dinobatkan sebagai ketua kartel dadah terbesar di dunia oleh majalah Forbes. Menurut portal iMoney, dia merupakan pemimpin kartel Sinaloa yang bertanggungjawab untuk menghantar sekapal kokain dari Colombia ke Mexico melalui US.

Dia ditangkap pada tahun 2014 sewaktu menghantar 500 tan kokain ke US sendirian. Dia banyak kali melarikan diri dari penjara namun berjaya ditangkap semula pada tahun 2016. Walaupun dia dipenjarakan pada umur 61 tahun, dia masih lagi pemimpin kartel tersebut dan empayar dadahnya dilaporkan bernilai $5 bilion.

2.Dawood Ibrahim

Dawood Ibrahim merupakan figura paling kontroversi kerana selain kaya, dia juga memiliki rekod jenayah dan terlibat dalam keganasan. Dia didakwa sebagai suspek utama dalam kes serangan bom di Mumbai dan aktiviti keganasan 26/11. Lelaki ini turut terlibat dalam sindiket jenayah terancang yang dikenali dengan nama D-Company pada tahun 1970-an di mana ada kaitan dengan banyak kes pembunuhan berprofil tinggi. Selain itu, Dawood juga menggunakan organisasi ini untuk melabur dalam industri filem Bollywood.

Dawood merupakan penjenayah yang paling dikehendaki sejak tahun 1980-an malah ganjaran lumayan sebanyak $ 25 juta menanti sesiapa yang berjaya menangkapnya, menunjukkan betapa seriusnya pihak berkuasa mahu membanteras individu berbahaya ini. Namun begitu, Dawood dipercayai masih hidup di Pakistan, tidak jauh dari negara kelahirannya, India. Forbes menganggar nilai bersih hartanya adalah $6.7 bilion pada tahun 2015.

1. Pablo Escobar

Dia dikenali sebagai The Boss, merupakan pengedar dadah dan ‘kepala’ bagi Kartel Medellin di Colombia. Escobar merupakan ketua gengster paling kaya di dunia sepanjang zaman dengan hartanya dianggar bernilai $30 bilion. Dia pakar dalam pembuatan dan pengedaran kokain sehingga digelar The Tsar of Cocaine.

Dia juga ditempatkan ke dalam penjara yang mewah sebelum membolosi penjara itu. Selain menjadi raja dadah terkaya di dunia, dia juga dikira sebagai orang paling berbahaya kerana organisasinya telah membunuh ratusan wartawan, polis dah hakim yang enggan bekerjasama. Akhirnya Escobar mati ditembak oleh Polis Kebangsaan Colombia yang dibantu oleh ejen dari US dan kematiannya diabadikan dalam sebuah lukisan bernama Death of Pablo Escobar oleh seorang pelukis bernama Fernando Botero.

Begitulah riwayat hidup para gengster yang kebanyakannya berakhir dengan tragis walaupun mampu membeli ‘dunia’.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca