4 Kedai Dan Pasar Paling Pelik Di Dunia, No. 2 Paling Seram

Kita sering pergi ke pasar dan kedai untuk beli barang basah dan barang kering. Namun, tahukah anda terdapat pasar dan kedai yang menjual barangan pelik, malahan ada juga yang ‘menjual’ manusia di merata tempat?

Berikut adalah 4 pasar paling pelik di dunia:

1. Deyrolle, Paris

Deyrolle adalah salah satu ikon bandar Paris. Dari luar, Deyrolle kelihatan seperti sebuah muzium binatang yang telah diawet. Namun, semua yang berada di dalamnya adalah untuk dijual bukan untuk dipamerkan.

Jika anda seorang yang gemar mengumpul patung haiwan yang sudah diawet dan mahu memilikinya. Anda harus berkunjung ke Deyrolle, tetapi harus diingatkan bahawa harganya sangatlah mahal kerana barang-barang tersebut berkualiti tinggi.

2. Akodessewa Fetish Market

Terletak di Lome di negara Togo. Pasar ini adalah pasar terbesar di dunia dalam penjualan barangan melibatkan ilmu voodoo. Barang jualan terdiri daripada kepala binatang sehinggalah tengkorak dan tulang manusia.

Komuniti di Afrika yang masih mengamalkan ilmu voodoo atau mana-mana penganut agama Vodoun sudah pasti tidak akan melepaskan peluang membeli belah di sini. Namun, jika anda ingin berkunjung ke pasar terbuka ini, anda harus pastikan mempunyai deria pernafasan yang kuat kerana bau busuk yang amat menyucuk.

3. Witch Market Bolivia

Majoriti peniaga di situ menjual pelbagai bahan mentah yang digunakan dalam upacara keagamaan Aymara. Antara bahan yang dijual adalah haiwan-haiwan kering seperti kura-kura, katak dan llama.

Bahan paling popular yang dibeli oleh pelancong adalah llama kering. Ia banyak digunakan untuk menyembah dewa yang menjaga rumah mereka. Kebanyakan penduduk di situ percaya bahawa dengan mengikat llama kering di tiang rumah mereka, pembinaan rumah dan keselamatannya tidak akan tergugat.

4. Pasar Pengantin Kalaidzhi

Sebuah komuniti Kristian Ortodoks percaya amalan turun temurun mereka selama ini perlu dikekalkan. Amalan itu adalah semua gadis di sana ketika mengalami darah haid kali pertama akan berhenti sekolah untuk dijual sebagai pengantin dalam satu acara yang disertai orang ramai.

Acara ini diadakan 4 kali setahun bergantung kepada ‘bekalan’. Para gadis akan memakai pakaian yang sangat cantik dan akan dipamerkan kepada mana-mana keluarga lelaki yang berminat untuk memperisterikan anak mereka. Jika keluarga lelaki berminat, mereka boleh tawar menawar sehingga bersetuju dengan harga yang ditawarkan.

Jadi apa pendapat anda tentang pasar atau kedai di atas? Kepada anda yang gemar ke tempat-tempat yang pelik, anda bolehlah kunjungi tempat-tempat ini.

Sumber: Iluminasi

Artikel Lain Untuk Di Baca