4 Kali Siri Kartun The Simpsons Ini Meramal Masa Hadapan

The Simpsons merupakan salah satu siri animasi yang paling lama disiarkan dalam sejarah. Rancangan tersebut kini bersiaran selama 30 tahun di mana ia menjadi siri kartun yang terkenal kepada semua lapisan masyarakat.

Ia memudahkan generasi baharu untuk berbual dan berhubung dengan generasi terdahulu memandangkan kartun tersebut kekal dengan genrenya tersendiri sejak dahulu lagi.

The Simpsons yang disiarkan selama bertahun lamanya membuatkan ia tidak lari daripada mengaitkan beberapa tema siri tersebut dengan kehidupan realiti.

Ini juga merupakan sebab kenapa The Simpsons menjadi popular oleh kerana konsep realisme yang diterap dalam rancangan tersebut.

Namun, baru-baru ini, Internet mendapati bahawa The Simpsons nampaknya meramal peristiwa masa hadapan. Terdapat beberapa plot disiarkan telah pun meramal peristiwa yang betul-betul berlaku selepas beberapa tahun episod itu ditayangkan.

Ia menyebabkan penonton membuat spekulasi sama ada penulis siri kartun tersebut ialah seorang time traveller.

Oleh itu, kami kongsikan empat plot The Simpsons yang berjaya diramalkan menjadi realiti:

1. Donald Trump sebagai presiden

Dalam satu episod yang disiarkan pada tahun 2000 dengan tajuk ‘Bart of the future’ di mana ia membabitkan Lisa menggantikan tempat Donald Trump selepas mendapati beliau merosakkan ekonomi negara. Episod ini telah disiarkan 17 tahun sebelum Trump dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Peristiwa dalam episod ini telah menimbulkan banyak spekulasi dalam Internet di mana ia adalah salah satu ramalan terbesar yang ditayangkan The Simpsons.

2. Wabak Ebola

Masih ada yang percaya bahawa The Simpsons telah meramalkan kewujudan wabak Ebola. Wabak Ebola merupakan salah satu epidemik yang teruk berlaku pada 2014. Ini membuatkan ramalan dari The Simpsons 17 tahun sebelum peristiwa tersebut benar-benar berlaku adalah tepat.

Virus tersebut telah ditemui sejak 1976 namun ia tidak begitu tersebar pada 1990-an sehinggalah wabak yang terjadi dalam 2014.

Dalam adegan ditayangkan pada musim 9, episod 3, yang bertajuk ‘Lisa’s Sax’ memaparkan Marge mencadangkan sebuah buku kepada Bart yang sedang sakit ketika itu.

Buku tersebut berjudul ‘Curious George and the Ebola Virus’. Faktor orang percaya ia suatu ramalan adalah kerana fakta virus ini hanya diketahui oleh beberapa orang pada akhir tahun 1900-an.

3. Persembahan Super Bowl Halftime Lady Gaga

Lady Gaga adalah salah seorang artis yang terkemuka di seluruh dunia. Semenjak debutnya, beliau telah pun menjelajahi seluruh dunia dengan pelbagai lagu dan persembahan yang membuatkan para penonton kagum dengan tema uniknya.

Pada tahun 2012, The Simpsons memaparkan Lady Gaga membuat persembahan di bandar Springfield di mana beliau digantung dengan kabel.

Lima tahun kemudian di Super Bowl Halftime, Gaga muncul dari atas stadium dengan pakaian dan setup yang sama dengan adegan tersebut.

4. 20th Century Fox dibeli Disney

Dalam episod yang pada mulanya disiarkan dalam tahun 1998 dengan tajuk ‘When You Dish Upon a Star’, Ron Howard dan Brian Grazer menghasilkan skrip yang diilhamkan oleh Homer.

Skrip tersebut dihasilkan di bangunan 20th Century Fox dengan papan tanda yang menunjukkan hint syarikat tersebut telah dibeli oleh Disney dengan kenyataan ‘A division of Walt Disney Co.’

Pada 14 Disember 2017, Disney membeli 21st Century Fox dengan nilai anggaran $52.4 bilion yang membolehkan mereka memperolehi studio filem tersebut sekali dengan sebilangan besar aset pengeluaran produksi itu.

Studio produksi tersebut telah menghasilkan IP terkenal seperti ‘X-Men’ dan ‘Deadpool’.

Inilah kesimpulan The Simpsons yang telah meramal masa hadapan. Yang manakah antara plot-plot ini yang membuatkan bulu roma anda meremang?

Penulis

  • Ahmad Kamal Bin Abd Latif, Faculty of Art and Design Student
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca