Apabila sudah menginjak dewasa pasti mereka yang membesar di zaman 90-an akan berasa rindu dengan permainan zaman semasa kecil pada ketika itu kan? Zaman tersebut mengajar erti kegembiraan apabila bermain permainan seperti lompat getah iaitu sejenis permainan yang memerlukan pemainnya melompat dengan pelbagai gaya.
Apa kata, kita throwback balik permainan zaman 90-an dahulu. Mana tahu budak zaman sekarang rasa ingin mencuba?
Antara permainan zaman 90-an seperti berikut:
1. Ting-Ting
Permainan ting-ting ini hanya perlu lukiskan 5 petak menegak dan 2 petak melintang di atas tanah. Permainan ini hanya menggunakan batu atau gundu untuk dijadikan objek yang diletakkan di petak sebagai penanda kedudukan pemain. Setiap pemain perlu melompat ke dalam petak dengan menggunakan sebelah kaki, kemudian harus melalui setiap petak untuk menghabiskan permainan tersebut.
2. Galah Panjang
Kredit: Tonton
Galah panjang merupakan permainan melintasi garisan petak di atas tanah. Pemain perlu melintasi setiap halangan untuk keluar dari garisan petak tersebut. Tujuan permainan ini untuk menguji kecekapan pemain dalam menghadapi halangan. Permainan ini mempunyai 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan B.
3. Lompat Getah
Permainan lompat getah atau ada juga yang memanggilnya sebagai zero point adalah sejenis permainan tradisional di Malaysia. Getah tersebut hanya perlu dicantumkan untuk dijadikan seperti tali. Pemain lompat getah ini mengikut kepada jumlah berapa orang yang hendak bermain. Terdapat 2 orang yang memegang getah tersebut. Kemudian, setiap pemain perlu lompat di atas getah tersebut yang dipusingkan.
4. Baling Tin
Kredit: Kosmos
Konsep yang ada pada permainan ini hanya menggunakan 10 tin kosong dan disusun berbentuk segi tiga di atas permukaan tanah. Pemain hanya perlu membaling tin tersebut menggunakan kasut. Jika berjaya, mereka perlu berlari ke tempat lain dan kembali menyusun tin seperti sedia kala.
Adakah permainan di atas menjadi salah satu permainan kegemaran anda?