4 Individu Ini Berkahwin Dengan Haiwan Atas Dasar Cinta

Manusia memang ada macam-macam ragam. Kita mampu untuk melakukan apa sahaja untuk membuktikan diri kita ini lain daripada yang lain. Dalam erti kata lain, kita mahu dilihat sebagai seorang yang unik. Namun begitu, ada kalanya apa yang dilakukan oleh sesetengah individu itu terlalu ganjil sehingga boleh dikatakan tidak masuk akal. Apatah lagi apabila ia melibatkan perkahwinan.

Percaya atau tidak, ada beberapa individu yang memilih untuk berkahwin dengan haiwan. Bunyinya macam pelik tapi ia adalah kenyataan. Malah, perkahwinan tersebut dilakukan secara sah di beberapa negara. Berikut adalah 4 kisah perkahwinan manusia dengan haiwan:

1. Sharon Tendler dan Cindy

Sharon Tendler mula jatuh cinta dengan seekor ikan lumba-lumba bernama Cindy. Sharon menganggap ia merupakan cinta pandang pertama. Walaupun ikan lumba-lumba tersebut bernama Cindy, ia merupakan seekor ikan jantan.

Setelah 15 tahun ‘berkenalan’ dengan ikan tersebut, Sharon memutuskan untuk berkahwin dengan Cindy pada tahun 2005. Apabila ditanya sama ada dia akan berkahwin dengan manusia lain, Sharon menegaskan bahawa dia merupakan seorang yang setia.

2. Selva Kumar dan Selvi

Selva Kumar pernah menyeksa dua ekor anjing sehingga mati ketika dia berumur 18 tahun. Dia berbuat demikian kerana marah terhadap dua ekor anjing malang tersebut yang sedang mengawan.

Semenjak kejadian itu, Selva berasakan hidupnya tidak tenang dan menganggapnya sebagai bala daripada perbuatan keji yang dilakukannya pada tempoh hari. Dia hilang keupayaan menggunakan kaki dan tangan.

Selva meneruskan hidupnya sehingga suatu hari, dia tidak lagi dapat menahan apa yang dihadapinya. Dia bertindak menemui seorang tukang tilik yang menyuruhnya berkahwin dengan seekor anjing bagi menebus segala kesalahannya itu.

Seekor anjing betina bernama Selvi telah dipilih menjadi pasangan Selva. Anjing tersebut dipakaikan sari berwarna jingga berserta dengan kalungan bunga di lehernya. Keluarga Selva turut menyertai majlis perkahwinan tersebut yang diadakan di sebuah kuil di Tamil Nadu.

3. Charles Tombe dan Rose

Charles telah ditangkap oleh tuan punya kambing yang bernama Rosen ketika dia sedang melepaskan nafsunya terhadap haiwan malang itu. Tuan punya kambing itu yang bernama Afifi berkeras supaya Charles membayar mas kahwin kerana dia telah mencemarkan kesucian kambing belaannya itu.

Dengan bayaran tersebut, Charles dan Rose dianggap telah pun berkahwin sebagai satu pasangan suami isteri. Namun, perkahwinan mereka berakhir dengan tragedi apabila Rose tercekik plastik ketika mencari makan di sekitar pekan.

4. Joseph Guiso dan Honey

Joseph merupakan seorang yang sangat berpegang kuat kepada ajaran Kristian yang dianutinya. Pada masa yang sama, dia telah berkesedudukan dengan seekor anjing betina bernama Honey yang dijaganya sejak kecil lagi.

Dia berasakan bahawa hubungan yang terjalin lebih 5 tahun itu memerlukan satu ikatan yang lebih bermakna. Jadi, dia membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan dengan Honey dalam satu majlis ringkas yang diadakan di sebuah taman di Queensland.

Macam-macam jenis perkahwinan yang tidak terlintas di akal fikiran dan logik kita telah berlaku, sama-sama kita berdoa agar kita tidak lari jauh daripada norma dan nilai agama yang kita amalkan sejak sekian lama.

Artikel Lain Untuk Di Baca