Bagi pecinta buku, memiliki banyak buku di rumah merupakan kebahagian di dunia yang tak tergantikan dengan apa pun.
Tetapi bila koleksi buku sudah bertambah di mana pula anda ingin menyimpan kesemua buku-buku tersebut? Sudah tentu anda perlu susun kembali buku yang terdapat di rak anda. Jadi, kami kongsikan idea yang kreatif untuk anda susun buku dengan lebih kemas dan tak nampak boring.
1. Susun mengikut genre
Susun mengikut fiksyen & non-fiksyen seperti Seni & Budaya, Sosio-politik, sejarah, hiburan, fantasi, sains, komik, ekonomi, travelog, dan lain lain.
2. Susun vertikal
Buku-buku akan lebih rapi jika disusun di rak dengan posisi vertikal atau berdiri.
3. Susun mengikut warna dan saiz buku
Buku disusun mengikut warna dan saiz buku. Dengan cara itu, susunan buku akan kelihatan lebih rapi dan rak anda pun akan kelihatan menarik dengan warna-warna pada buku tersebut.
4. Tambah Aksesori
Idea ini merupakan gabungan antara buku dan aksesori dekorasi. Maknanya, di rak buku anda tidak semata-mata ada buku sahaja. Anda boleh hiasnya dengan kotak, gambar dan pasu bunga yang kecil.
Susun atur buku di rak juga penting untuk pencinta buku. Jadi, anda boleh ikut idea yang kami kongsikan ini supaya buku anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik.