4 Hasil Ciptaan Rakyat Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu

“MALAYSIA BOLEH!”, itulah ungkapan yang sering diucapkan oleh rakyat Malaysia apabila kita berjaya memenangi sebarang anugerah atau kejayaan tidak kiralah dalam apa bidang sekalipun. Selain itu, ramai atau majoriti rakyat Malaysia sebenarnya masih tidak tahu ataupun kurang peka dengan alatan yang mereka guna setiap hari rupanya dihasilkan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Di sini kami kongsikan 4 hasil ciptaan rakyat Malaysia yang ramai tidak tahu:

1. Alat merebus telur automatik (automatic egg boiler)

Walaupun dicipta oleh seorang yang tiada kaitan dengan dunia kulinari, Datuk Hew Ah Kow yang merupakan seorang operator jentolak berjaya mencipta alatan yang sangat berguna kepada orang ramai.

Cara penggunaan yang mudah dan tidak menggunakan elektrik merupakan satu inovatif yang sangat menarik. Ini membuktikan bahawa bekerja dalam bidang tertentu tidak mengehadkan kreativiti seseorang itu dalam dunia inovasi.

2. Dinding Nehemiah

Jika kita lihat di kebanyakan flyover di negara ini menggunakan konsep atau reka bentuk yang sama bagi dindingnya. Dinding yang berbentuk heksagon dan seperti honeycomb ini merupakan hasil ciptaan Dr Nehemiah Lee.

Selain itu, terdapat beberapa buah negara yang menggunakkan konsep dinding Nehemiah ini termasuklah Hong Kong, Australia dan Singapura.

3. Mesin penapis air R.O

Mesin penapis air yang dicipta oleh Ooi Seng Chye ini merupakan satu ciptaan yang telah memudahkan ramai orang. Mesin penapis air ini boleh dijumpai di kawasan perumahan dan juga di universiti.

Kita seharusnya bersyukur kerana harga air yang ditawarkan setelah melalui proses reverse osmosis ini dijual dengan harga yang sangat rendah iaitu sekitar 10 sen untuk 1 liter.

4. Pendrive

Alat ini merupakan salah satu benda yang paling penting bagi semua orang pada abad ini terutama sekali pelajar. Jika alat ini tidak dicipta oleh Phua Khein Seng pada tahun 2000, sudah pasti masalah daripada segi penyimpanan data akan wujud.

Kita seharusnya berasa bangga dengan hasil ciptaan beliau kerana satu dunia menggunakan alat ini dan pada hari ini, pendrive boleh didapati dengan harga yang sangat murah.

Penulis

  • Muhammad Nurhakim Bin Mohd Jaffri adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca