4 Filem Seram Hollywood Yang Berdasarkan Kisah Benar

Filem seram sememangnya mempunyai kelab peminatnya yang tersendiri. Sering menggunakan unsur mistik atau insiden ngeri, sesetengah karya yang dihasilkan ini sebenarnya berdasarkan kisah benar.

Berikut merupakan empat filem seram Hollywood yang berdasarkan kisah sebenar.

1. The Conjuring (2013)

Merupakan sebuah filem seram yang diarahkan oleh James Wan dan mula ditayangkan pada tahun 19 Julai 2013, The Conjuring memaparkan kisah sebenar yang dialami oleh keluarga Perron setelah berpindah ke rumah baharu mereka di Harrisville ,Rhode Island pada tahun 1971.

Setelah tidak tahan diganggu oleh makhluk paranormal di rumah itu, keluarga berkenaan pergi meminta pertolongan Ed dan Lorraine Warren.

Selepas disiasat, pasangan Warren mendapati rumah itu pernah didiami oleh seorang ahli sihir bernama Bathsheba yang telah mengorbankan anak-anaknya kepada syaitan  sebelum mengambil nyawanya sendiri.

Pasangan Ed dan Lorraine Warren kemudiannya mencadangkan keluarga Perron untuk melakukan ritual pengusiran syaitan dari rumah berkenaan.

Sehingga kini, kediaman itu masih lagi berdiri teguh dan sudah didiami keluarga lain. Walau bagaimanapun, pasangan yang tinggal di situ mendakwa mereka juga diganggu makhluk-makhluk paranormal yang mendiami rumah berkenaan.

2. The Texas Chainsaw Massacre (1974)

Filem ini merupakan sebuah filem arahan Tobe Hooper yang diterbitkan pada tahun  11 Oktober 1974 dan menampilkan barisan pelakon seperti Marilyn Burns dan Paul A. Partain.

Diinspirasikan daripada kisah pembunuh bersiri terkenal, Ed Gein, filem ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang menaiki van untuk pergi mencari hiburan.

Walau bagaimanapun, nasib malang mula menimpa mereka apabila mereka bertindak menumpangkan seorang wanita yang kemudiannya menembak kepalanya sendiri.

3. The Exorcism of Emily Rose (2005)

Merupakan sebuah filem seram arahan dari Scott Derrickson yang diterbitkan pada tahun 9 September 2005 di United States, The Exorcism of Emily Rose sebenarnya diinspirasikan daripada kisah seorang gadis bernama Anneliese Michael.

Anneliese Michael, 19, mula mengalami gangguan sewaktu di sekolah menengah sehingga menyebabkan dia berhalusinasi dan mendengar bisikan suara ghaib.

Doktor di psikiatri klinik Wurzburg kemudiannya mengesahkan Anneliese mengalami grand mal epilepsi. Namun begitu, setelah rawatan moden tidak memberikan apa-apa kesan kepada Anneliese, ibu bapanya mula menggunakan rawatan alternatif yang digelar exorcism.

Dengan bantuan paderi Katolik bernama Father Arnold Renz dan Pastor Ernst Alt, Anneliese menjalani prosedur exorcism sebanyak 67 kali.

Sepanjang prosedur berkenaan berjalan, Anneliese melakukan pelbagai perkara pelik seperti memakan lalat, menyalak seperti anjing dan menjerit berjam-jam.

Menurut paderi berkenaan, Anneliese menunjukkan tanda-tanda dia dirasuki lebih dari satu makhluk halus yang berjaya dikenal pasti sebagai Lucifer, Judas Iscariot, Nero, Cain dan Fleishmann.

4. The Amityville Horror (2015)

Filem arahan dari Andrew Douglas yang diterbitkan pada 15 April 2005 di United States ini menampilkan pelakon-pelakon terkenal seperti  Ryan Renolds , Melissa George ,Chloe Grace Moretz dan Philip Baker Hall.

Seperti filem-filem lain di dalam senarai ini, The Amityville Horror juga diinspirasikan daripada kisah benar sepasang suami isteri iaitu George dan Kathleen yang telah berpindah ke rumah baru di 112 Ocean Avenue ,Amityville ,New York bersama anak-anak mereka.

Suatu malam, anak sulung pasangan itu yang dikenali sebagai Ronald Defeo Jr. pergi ke sebuah bar dan menjerit memberitahu bahawa kedua ibu-bapanya telah mati ditembak.

Setibanya di lokasi kejadian, pihak polis menjumpai kesemua ahli keluarga Ronald Defeo Jr. telah mati dengan kesan tembakan. Siasatan lanjut kemudiannya mendedahkan Ronald Defeo Jr. mempunyai sepucuk pistol yang sepadan dengan peluru yang dijumpai pada badan mangsa.

Pada 21 November 1975, Ronald Defeo Jr. dihukum penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh kesemua ahli keluarganya. Sehingga kini, motif kejadian masih tidak diketahui tetapi Ronald Defeo Jr. mendakwa ada suara ghaib yang menyuruhnya berbuat demikian.

Kesimpulannya, tujuan filem-filem seram ini diilkamkan daripada kisah sebenar adalah untuk dijadikan pengajaran selain memberi pengetahuan kepada orang ramai.

Penulis:

  • Nurul Asirah binti Alban adalah pelajar dari Fakulti Filem, Teater, dan Animasi.
  • Dr. Mohd Suhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater, dan Animasi.

Untuk membaca artikel lain berkaitan kisah seram, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca