Seperti apa yang anda tahu fungsi utama penggera atau lebih dikenali sebagai jam loceng adalah untuk membangunkan anda dari tidur. Itulah sebabnya ada segelintir di antara anda memang sengaja menguatkan bunyi tersebut untuk membangunkan anda dari tidur.
Malah, kadang kala anda akan menetapkan lagu-lagu rock atau metal supaya dengan bunyian tersebut ia akan memudahkan anda untuk terjaga. Tetapi, sedarkah anda bahawa bunyi penggera yang kuat tidak baik untuk kesihatan psikologi anda?
Di bawah adalah fakta mengenainya. Antaranya adalah:
1. Bunyi penggera yang tenang akan membangkitkan anda secara beransur-ansur
Melaporkan dari laman Huffington Post, Michael J. Decker, PhD, specialist tidur dan pensyarah di sekolah kejururawatan Case Western Reserve University mengatakan bahawa penggera yang tenang akan menjadikan otak anda aktif secara perlahan. Oleh itu, hormon stress juga akan dilepaskan secara beransur-ansur.
2. Bunyi penggera yang kuat adalah ancaman kepada otak
Selain itu, bunyi penggera yang kuat akan mengaktifkan sistem saraf simpatik semasa tidur. Keadaan itu akan dijawab oleh otak sebagai ancaman kerana badan terpaksa bangun sebelum jam sepatutnya. Itulah sebabnya juga jika anda bangun secara mengejut, anda akan tersedar dengan berasa pening dan berkemungkinan emosi anda pada hari itu akan terganggu.
3. Penggera bunyi yang terbaik adalah bunyi tenang
Mungkin ada segelintir di antara anda akan menetapkan bunyi-bunyian yang rancak supaya ia lebih memudahkan anda untuk bangun. Hal ini kerana, anda lebih percaya, jika anda menetapkan bunyi penggera yang tenang pasti ia benar-benar sukar untuk anda bangun.
Tetapi, tahukah anda? Menurut Dr. James Giordano, pensyarah dari Jabatan Neurologi, Georgetown University Medical Centre mengatakan bahawa bunyi penggera yang tenang adalah bunyi yang tidak mengejutkan anda dan mengganggu anda semasa bangan dari tidur.
Pernahkah anda rasa kecewa dengan mendengar bunyi penggera di sebelah telinga anda sehingga anda mahu membalingnya? Walau bagaimanapun, bunyi penggera yang tenang akan membangkitkan anda perlahan-lahan supaya anda tidak rasa kecewa.
4. Belajar bangun sendiri tanpa bergantung pada bunyi penggera
Sebenarnya, bangun sendiri tanpa bergantung pada bunyi penggera adalah sesuatu yang lebik baik untk kesihatan anda. Hal ini kerana, otak ada tidak terganggu oleh bunyi-bunyian lain sewaktu anda tidur.
Selain itu, pola tidur boleh membuat anda bangun secara sendiri dan ia tidak memberi kesan buruk kepada diri anda. Namun, pada masa yang sama sekiranya anda tidur dalam kegelapan, anda boleh bangun dengan bantuan cahaya matahari yang masuk ke bilik anda. Hal ini kerana, cahaya boleh menjadi isyarat untuk jam biologi badan anda untuk menghasilkan hormon sehingga anda bangun.
Oleh itu, mulai hari ini anda boleh cipta pola tidur anda dengan cara cuba tidur lebih awal. Lakukan ritual tidur anda dan elakkan aktiviti mengganggu, seperti bermain telefon pintar atau minum kopi.
Bagaimanapun, sekiranya anda memang seorang yang sukar untuk bangun tanpa ada isyarat seperti bunyi, ia tiada masalah bagi anda untuk menetapkan bunyi penggera, selagi bunyi penggera tersebut tenang.
Sumber: Utusan Online, Aliffchannel