4 Fakta Menarik Hari Raya Aidilfitri Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

fakta hari raya

Setiap tahun, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadan.

Di Malaysia, perayaan ini sememangnya sesuatu yang dinantikan oleh semua orang terutamanya anak kecil kerana boleh mengumpul duit raya, bermain bunga api dan makan makanan sedap.

Walaupun kita masih berada dalam PKP, ia tidak menghalang golongan muda untuk berswafoto dengan baju raya mereka untuk dimuat naik ke media sosial. 

Golongan dewasa pula akan menelefon atau membuat panggilan video kepada saudara-mara untuk bertanya khabar. 

Walaupun tidak dapat bersua, terubat jugalah rindu itu bukan?

Gembira, gembira juga tapi tahukah anda sejarah disebalik perayaan ini? Hari ini kami akan kongsikan beberapa fakta menarik mengenai raya! 

1. Takbir Raya

Sumber: Misteri Alam Maya

Jika anda hendak tahu, takbir raya bermula apabila Rasulullah s.a.w. melafazkannya setelah umat Islam menang dalam perang Badar.

Peperangan tersebut berlaku pada 17 Ramadan tahun pertama hijrah dan dalam perang itu, Abu Lahab terbunuh dengan kepalanya dipenggal.

Pada ketika itu jugalah Rasulullah s.a.w. melafazkan takbir yang kini menjadi takbir hari raya kita semua tahu.

2. Waktu Takbir

Sumber: Harian Metro

Fakta ini mungkin ada yang sudah tahu, ada yang tidak. Tahukah anda waktu bertakbir berbeza antara dua hari raya?

Untuk hari raya Fitrah, takbir raya dialunkan setelah terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan hingga selesai solat hari raya.

Berbeza pula untuk raya Adha dimana takbir raya dialunkan pada petang hari Arafah (9 Dzulhijjah) dan hari-hari Tasyriq (10 hingga 13 Dzulhijjah).

3. Sambutan Raya

Sumber: FMT

Sebelum ajaran Islam disebarkan, masyarakat Arab di Madinah menyambut hari raya dua kali iaitu Hari Raya Nainuz dan Majrajan.

Perayaan tersebut selalunya disambut dengan tarian, nyanyian serta minuman keras dan ia turut disambut oleh mereka yang sudah memeluk Islam.

Baginda s.a.w kemudiannya bersabda, “Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menggantikan dua hari raya yang lebih baik daripada kedua-duanya iaitu hari raya Fitrah dan hari raya Adha.”

4. Maknya A’id

Sumber: Pinterest

Perkataan A’id berasal daripada kalimah al-‘Aud yang membawa makna ‘kembali’. Nampak kesinambungannya di sini?

Hari Raya Aidilfitri dinamakan begitu kerana ia kembali pada setiap tahun. Ia juga melambangkan kegembiraan akan datang lagi bersama hari raya!

🎵Selamat hari raya kami ucapkan sampai tahun depan🎵 

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca