Tidak dinafikan kanak-kanak sekarang lebih gemar memegang gajet dan bermain game daripada membaca buku. Apa yang lebih membimbangkan adalah mereka terlalu taksub dengan gajet sehingga akan menjadi memberontak apabila tidak dapat gajet tersebut.
Disebabkan perkara tersebut membuatkan kanak-kanak berasa tidak berminat untuk membaca buku. Dalam perkara ini orang dewasa memainkan peranan untuk mendidik kanak-kanak agar suka membaca.
Bagaimana cara terbaik agar kanak-kanak minat membaca? Ikuti 4 cara yang kami kongsikan ini.
1. Bacakan buku cerita untuk mereka. Bagi memulakan aktiviti ini biar mereka memilih buku yang mahu dibacakan. Semasa membacakan buku untuk mereka, gunakan nada suara, watak dan situasi yang berbeza.
Penceritaan sebegini membuatkan mereka berasa teruja apabila mendengarkan kisah dalam buku cerita berkenaan.
2. Sediakan pelbagai bahan bacaan yang sesuai dengan mengikut peringkat umur. Kanak-kanak akan berasa seronok untuk membaca buku-buku tersebut.
3. Komik boleh menarik minta kanak-kanak kerana mereka sukakan sesuatu yang menghiburkan, ringkas, menarik serta mempunyai kaitan dengan rutin mereka. Jumlah mukasurat yang tidak terlalu banyak, jalan cerita yang tidak terlalu panjang dan mempunyai visual.
4.Bawa mereka ke kedai buku atau perpustakaan dan baca buku bersama-sama. Buatkan mereka berasa seronok dengan tempat tersebut.
Minat membaca buku perlu dipupuk sejak dari kecil lagi. Barulah Malaysia boleh diangkat sebagai kota buku dunia.