4 Cara Berjalan Mencerminkan Personaliti Anda

Bolehkah anda mengetahui personaliti dan tahap kesihatan seseorang melalui cara berjalannya? Bolehkah mengubah gaya berjalan untuk mengelakkan tanggapan buruk? Menurut pakar, anda boleh melakukannya.

Percaya atau tidak, menurut pakar psikologi dan ahli fisioterapi, gaya berjalan anda akan mendedahkan personaliti dan kesihatan serta menggambarkan perasaan anda.

Menurut Eliot Hoppe, beliau merupakan seorang jurulatih komunikasi dan penulisan, percaya bahawa gerakan seseorang itu boleh memberikan maklumat tentang perasaan dan personalitinya. Beliau berkata, “bahasa badan menggambarkan emosi sebenar yang anda rasai dan kebanyakan pergerakan ini dilakukan tanpa kita sedarinya.”

Kami akan kongsikan 4 gaya berjalan yang paling kerap dilihat melalui profil personaliti Driver, Influencer, Supporter atau Careful Corrector (DISC).

1. Individu Driver

Jika anda seorang yang tidak endah berlanggar dengan orang lain, atau anda gemar berjalan pantas, anda dikatogerikan sebagai Driver.

Seorang Driver juga dikenali sebagai Bottom-linner atau Get It Done. Perwatakan seorang Driver adalah seorang yang ringkas, positif dan tidak gemar membuang masa untuk membuat keputusan atau menyiapkan sesuatu tugasan.

2. Individu Influencer

Individu Influencer selalunya berjalan dengan kepalanya sedikit mendongak, bahunya ditarik ke belakang sedikit dan mendabik dada. Sekirannya anda berjalan sedikit pantas dan langkah anda memancu ke depan, kemungkinan besar anda berada dikategori ini, satu kategori yang kebanyakannya dipenuhi oleh selebriti dan ahli politik.

Jika anda di kategori ini, anda merupakan seorang yang gemar menghadapi cabaran dan suka mempelajari sesuatu yang baru tetapi anda akan cepat berasa bosan. Anda tidak suka sesuatu pekerjaan yang mempunyai banyak langkah dan memerlukan ketelitian terhadap sesuatu.

3. Individu Supporter

Jika cara anda berjalan secara biasa dengan kelajuan sederhana tetapi dengan penuh yakin, berkemungkinan anda seorang Supporter.

Anda lebih gemar memberi isyarat, berinteraksi dan berhubung dengan orang lain sewaktu anda berjalan. Anda juga seorang yang suka dihargai namun, anda terlalu merendah diri untuk menerima pujian orang lain.

Selain itu, anda suka menolong , setia, mudah untuk bekerjasama, seorang yang dipercayai dan pendengar yang baik. Anda juga berhati-hati ketika bercakap dan menghargai perhubungan agar tidak berlaku pergaduhan.

4. Individu Corrector

Sekiranya anda seorang yang suka berjalan perlahan dan berhati-hati serta mata anda hanya tertumpu pada ke arah jalan, anda mungkin dalam kategori ini. Personaliti diri anda merupakan seorang yang pendiam, bersopan dan mahu memperbetulkan keadaan sekiranya berlaku kesilapan.

Disebabkan anda seorang yang berhati-hati dan teliti, anda tidak gemar menggunakan telefon ketika berjalan dengan rakan dan anda cenderung untuk meletakkan lengan pada sisi anda sahaja supaya tidak mahu menggangu orang lain.

Anda mempunyai kekuatan tersendiri iaitu anda seorang pemikir dan mempunyai kupayaan untuk menyelesaikan masalah.

Antara senarai di atas, manakah yang menyerupai personaliti anda?

Sumber: Era Baru

Artikel Lain Untuk Di Baca