Dr. Maszlee Malik yang sebelum ini menggalas jawatan sebagai Menteri Pendidikan telah mengumumkan peletakan jawatan dalam satu sidang media yang berlangsung di Kompleks E, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya pada petang Khamis.

Persoalan yang menjadi tanda tanya sekarang adalah siapa gerangan yang bakal menggantikan tempat Dr. Maszlee. Berikut kami kongsikan empat calon yang dikatakan sesuai untuk mengambil alih amanah itu:
1. Mustapa Mohamed

Antara calon yang dikatakan paling sesuai untuk menggantikan tempat Dr. Maszlee adalah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed atau lebih terkenal dengan julukan Tok Pa.
2. Tun Dr. Mahathir

Sebaik sahaja Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan pada tanggal 9 Mei 2018, Tun Dr. Mahathir pernah menawarkan diri untuk mengambil alih portfolio pendidikan.
Walau bagaimanapun, beliau menerima kritikan hebat memandangkan ia bercanggah dengan manifesto PH di mana Perdana Menteri tidak dibenarkan sama sekali untuk memegang jawatan lain semasa menjalankan tugas.
Untuk rekod, Tun Dr. Mahathir sebelum ini pernah menjadi menteri pendidikan antara tahun 1974 dan 1977. Sekiranya prinsip PH itu diubah, kemungkinan besar Tun Dr. Mahathir akan menjadi calon yang sesuai.
3. Muhyiddin Yassin

Calon lain yang sesuai untuk menggantikan Dr. Maszlee adalah Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin memandangkan beliau pernah menggalas tanggungjawab itu pada zaman pemerintahan terdahulu.
4. Saifuddin Abdullah

Pernah memegang portfolio jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, tidak mustahil juga untuk Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah untuk menjadi pengganti Dr. Maszlee.
Pada pendapat anda, siapa yang layak untuk menggantikan tempat Dr. Maszlee?
Tonton video penuh sidang media peletakan jawatan Dr. Maszlee Malik.
Untuk baca artikel lain mengenai peletakan jawatan Dr. Maszlee, anda boleh klik pada pautan di bawah: