4 Budaya Masyarakat Jepun Yang Patut Dicontohi Negara Lain

Jepun merupakan sebuah negara yang cukup terkenal dengan teknologi yang canggih dan lapisan masyarakat yang berdisiplin untuk memajukan negara matahari terbit berkenaan.

Kami kongsikan empat budaya yang dibawa oleh masyarakat Jepun dan wajar dicontohi oleh negara lain:

1. Masa

Budaya menepati masa jelas dilihat apabila masyarakat mereka sangat mementingkan masa dalam urusan seharian.

Untuk pengetahuan anda, sistem pengangkutan di sana seperti bas dan bullet train akan tiba lebih awal dari masa yang dijadualkan. 

Contoh di atas merupakan salah satu budaya menepati masa yang diterapkan dalam masyarakat di Jepun.

Selain itu, satu lagi fakta yang menarik mengenai sistem pengangkutan di Jepun ialah pekerja akan meminta maaf kepada setiap penumpang sekiranya kereta api itu lambat walaupun hanya seminit.

Sampai begitu sekali masyarakat mereka menitikberatkan tentang kepentingan masa!

2. Disiplin

Umum mengetahui bahawa rakyat Jepun sangat berdisiplin daripada segi kerja dan masa.

Tahukah anda bahawa waktu bekerja rakyat Jepun secara puratanya lebih tinggi berbanding negara lain?

Dikatakan bahawa sekiranya pekerja itu pulang awal dari kerja, individu itu dianggap sebagai seorang yang biadab.

Selain itu, mereka mementingkan kualiti kerja dan masa serta mempunyai sikap rajin bekerja.

3. Budaya membaca

Membaca jambatan ilmu. Masyarakat di Jepun terkenal dengan sikap mereka yang suka membaca.

Sekiranya anda berpeluang untuk ke negara matahari terbit ini suatu hari nanti, anda akan melihat suatu kelainan berbanding budaya masyarakat di negara kita.

Dikatakan bahawa rakyat Jepun lebih selesa membaca buku atau menggunakan telefon bimbit untuk melakukan kerja di dalam kereta api kerana mereka tidak suka membuang masa dengan melepak.

4.Kebersihan

Siapa sahaja suka akan tempat yang kotor? Perkara yang paling menarik tentang negara Jepun ialah masyarakatnya sangat mementingkan kebersihan.

Untuk dijadikan cerita, negara Jepun sangat bersih sehingga air paip boleh diminum tanpa dimasak terlebih dahulu!

Selain itu, longkang di Jepun turut dijadikan sebagai tempat penternakan ikan koi kerana airnya begitu jernih.

Berbeza pula dengan longkang di negara Malaysia kerana ianya dijadikan sebagai tempat membuang sampah.

Untuk menjadi negara maju, kita perlu ubah mentaliti kita dengan mencontohi empat budaya berkenaan.

Penulis

  • Ros Syafiqah Hasnan adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Sekiranya anda ingin membaca lebih banyak artikel mengenai negara Jepun, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca