4 Barangan Berisiko Yang Boleh Meragut Nyawa Anak Anda

Tugas menjadi ibu bapa sememangnya tidak mudah dan kadangkala turut memenatkan disebabkan oleh pelbagai faktor. Lagi-lagi pada zaman kini, anak kecil lebih terdedah kepada sebarang risiko dan bahaya apabila mereka gemar bermain barang yang tidak sepatutnya di rumah. Hal ini semestinya merupakan mimpi ngeri kepada setiap ibu bapa di luar sana.

Demikian kami kongsikan empat barangan harian di rumah yang boleh meragut nyawa anak kecil anda:

1.Gam gajah

Sumber: mStar

Nampak remeh tapi gam gajah sememangnya mampu membahayakan nyawa anak-anak anda. Hal ini kerana pada penglihatan mereka, botol gam gajah kelihatan seakan-akan seperti botol makanan yang boleh dimakan.

Satu kes telah berlaku di Amerika Syarikat di mana seorang bayi berusia 19 bulan telah mengalami masalah pernafasan selepas termakan gam gajah milik ayahnya. Bayi itu dianggarkan termakan cecair gam gajah sebanyak 7ml sehingga mengakibatkan kesan batuk yang teruk, kadar degupan jantung tinggi serta tekanan darah yang tidak stabil.

2. Bateri butang

Sumber: rosibrahim

Jika dilihat kebanyakan permainan elektronik kanak-kanak kini, hampir kesemua permainan lebih cenderung untuk menggunakan bateri butang sebagai punca kuasa untuk berfungsi. Bateri butang sememangnya sangat berisiko buat anak kecil anda kerana bentuknya yang kecil memudahkan kanak-kanak mengutip lalu menelannya.

Pelbagai kesan akan dihadapi sekiranya perkara ini terjadi termasuklah menyebabkan kerosakan kekal pada organ dalaman, lecur dalaman, pendarahan dan mengakibatkan kematian. Ini kerana, tindak balas bateri akan membakar bahagian esofagus kanak-kanak dalam masa 2 jam selepas ditelan.

Oleh itu, pastikan anda hindari anak anda dari sebarang permainan yang menggunakan bateri butang.

3. Magnet

Sumber: slashgear

Barangan lain yang turut berbahaya kepada anak kecil sekiranya termakan adalah magnet. Lebih merisaukan sekiranya anak anda bermain dengan mangnet-mangnet yang bercantum dikhuatiri jika tertelan boleh menyebabkan tisu-tisu terutama pada bahagian organ usus akan tersumbat.

Tisu-tisu yang terganggu ini pula akan mengakibatkan kegagalan kelancaran saluran darah yang membuatkan simptom perforasi berlaku pada dinding usus. Bukan itu sahaja, keracunan darah dan berisiko dijangkiti kuman kemungkinan akan turut berlaku sekiranya tertelan magnet.

4. Bidai Tingkap

Sumber: the vocket

Sekiranya anda mempunyai perhiasan bidai tingkap di rumah, objek tersebut juga mengancam keselamatan anak anda. Hal ini sering terjadi berikutan pelbagai kes kecederaan dan kematian kanak-kanak disebabkan terjerut tali apabila untuk membuka bidai. Statistik turut menunjukkan kes kematian mengejut dua per tiga peratus daripada kes kanak-kanak terjerut tali bidai tingkap sering terjadi.

Oleh itu, dinasihatkan ibu bapa menyimpan barang-barang yang tidak sepatutnya di kawasan yang tinggi agar tidak mudah dicapai oleh anak-anak anda. Memberi pengawasan yang rapi juga amat penting untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca